HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Mac 2015

Sarawak menguji pekerja Bangladesh

 
Kita mempunyai jumlah tertentu pada peringkat awal, hanya untuk menguji mereka, sama ada sesuai atau tidak.


jamesbangla


KUCHING: Menteri Pembangunan Tanah, James Jemut Masing mengesahkan pengambilan pekerja Bangladesh untuk sektor perladangan khususnya sebagai penuai di Sarawak merupakan jalan terakhir jika orang tempatan tidak mengendahkan peluang pekerjaan itu.

“Kita memerlukan pekerja di kawasan perladangan kelapa sawit dan tiada pilihan lain. Saya lebih selesa jika orang tempatan boleh melakukannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau menambah pihaknya sedang mencari pekerja dari Indonesia iaitu orang Timor dan Bugis yang terbukti sangat cekap sebagai pekerja ladang.

“Namun ini tidak bermakna kita boleh bergantung kepada rakyat Indonesia yang begitu banyak kerana mereka juga adalah pesaing kita,” katanya.

Beliau menegaskan pekerja Bangladesh sebenarnya baik dalam sektor pembuatan tetapi belum teruji dalam sektor perladangan.

“Di ladang, kita tidak tahu lagi, sebab itulah kita mempunyai jumlah tertentu pada peringkat awal, hanya untuk menguji mereka, sama ada sesuai atau tidak. Kini terdapat beberapa daripada mereka dengan Sime Darby di semenanjung dan mereka dalam keadaan baik saja. Jadi kita menguji mereka,” jelas beliau.

Buat masa ini, hanya sebilangan kecil pekerja Bangladesh akan diambil bekerja dan diberi peluang untuk bekerja selama dua tahun.

Tiada ulasan: