Siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah untuk mengelakkan kemalangan penerbangan masa depan, dan bukan untuk meletakkan kesalahan atau liabiliti kepada mana-mana pihak, kata Pasukan Penyiasatan Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia hari ini, setahun selepas jet Boeing 777-ER itu hilang.
Pasukan itu berkata siasatan tertumpu kepada menganalisis maklumat fakta yang terkumpul sejak penubuhannya tahun lepas, tetapi menambah ia adalah "interim semula jadi" dan butir-butir baru mungkin tersedia yang akan mengubah maklumat sebelum laporan akhir diterbitkan.
"Objektif tunggal penyiasatan kemalangan atau kejadian merupakan pencegahan kemalangan atau insiden pada masa hadapan," kata Datuk Kok Soo Chon, ketua pasukan penyiasatan, yang membacakan kenyataan disiarkan di RTM1 secara langsung hari ini.
"Bukan tujuan aktiviti ini untuk menabur tohmahan atau liabiliti, seperti dinyatakan dalam perenggan 3.1 Lampiran 13," katanya, merujuk kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa berkenaan kemalangan pesawat dan siasatan kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan