Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir sesi baru Parlimen bermula esok, kata PKR.
Ketua whip PKR Datuk Johari Abdul (bawah) berkata beliau menerima jawapan speaker yang menyandarkan keputusannya kepada pendirian penjara yang tidak membenarkan Anwar dibawa keluar.
“Selama ini kita amat mengharapkan Tan Sri Speaker dapat membuka ruang seluasnya kepada seorang ahli Parlimen, mendapat hak dan perlindungan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Johari juga berkata beliau akan berjumpa dengan Pandikar untuk berbincang secara terperinci kenapa keputusan itu diambil.
PKR juga, katanya, mahu tahu sama ada masih ada lagi kaedah yang boleh diperhalusi agar Anwar boleh mengambil bahagian dalam sesi Parlimen memandang beliau masih seorang wakil rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan