Oleh Aspan Alias
Pemimpin utama kita tidak mahu belajar untuk menjadi pemimpin yang baik seperti pemimpin-pemimpin
banyak negara yang sudah maju. Disebaliknya Najib lebih cenderung untuk
mengambil tauladan dan pelajaran dari pemimpin-pemimpin negara-negara
yang tidak senonoh yang tidak mengambil tahu hal rakyat dan masa depan
negara mereka.
Beliau
sanggup untuk terus mentadbir negara walaupun beliau sendiri tahu yang
beliau telah merosakkan negara dengan begitu teruk dan tidak sepadan
sekali dengan nama Malaysia yang sebelum ini dianggap sebagai negara
contoh dalam banyak hal dan bidang.
Najib masih percaya yang tekanan untuk beliau berhenti itu sengaja diada-adakan oleh setengah pihak seolah-olah mereka yang menekan beliau untuk berhenti itu suka hendak melakukannya. Tidak ada siapa yang bergembira untuk melakukan tekanan terhadap sesiapa untuk berhenti, tetapi keadaan yang membuatkan banyak pihak mahukan Najib berhenti sahaja kerana beliau terlalu menyusahkan rakyat ramai.
Apabila keadaan sudah menjadi tidak menentu lagi baru lah kedengaran pemimpin dalam Kabinet seperti Muhyiddin mengeluarkan perasaan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku terhadap 1MDB. Itu pun bercakap disebalik tabir sahaja. Pandangan beliau itu tersebar hanya apabila ada orang yang tidak dijemput dalam perjumpaan tertutup itu menyiarkan ucapan beliau dalam media massa alternatif yang menjadi ‘viral’ itu. Dalam pada tidak bersetuju dengan apa yangb berlaku didalam 1MDB, sebulat suara pula Kabinet membenarkan untuk disediakan RM950 juta untuk ‘standby credit’ untuk 1MDB itu. Apa semuanya ini?
Najib amat susah untuk mengakui bahawa rakyat sekarang bukan boleh
diperbodohkan lagi. Beliau masih tidak menyedari yang beliau sudah
dipandang rendah bukan sahaja oleh masyarakat Malaysia sendiri tetapi
oleh masyarakat antarabangsa sekali. Najib selalu sahaja hendak
melakukan ‘equation’ kemampuan berfikir beliau dengan kemampuan rakyat
berfikir.
Najib masih percaya yang tekanan untuk beliau berhenti itu sengaja diada-adakan oleh setengah pihak seolah-olah mereka yang menekan beliau untuk berhenti itu suka hendak melakukannya. Tidak ada siapa yang bergembira untuk melakukan tekanan terhadap sesiapa untuk berhenti, tetapi keadaan yang membuatkan banyak pihak mahukan Najib berhenti sahaja kerana beliau terlalu menyusahkan rakyat ramai.
Tidak juga ada yang mahu mendesak Ahli-Ahli Jemaah Kabinet untuk
berundur tetapi keadaan yang mendesak yang menyebabkan ramai yang mahu
Menteri-Menteri Kabinet berhenti kerana terlalu lemah dan gagal untuk
melaksanakan tugas mereka sebagai Ahli-Ahli Kabinet negara.
Kabinet membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh Menteri Kewangan
negara selama ini. Hanya sekarang sahaja yang ada suara dari kabinet
untuk bersetuju yang Najib perlu menjawab persoalan yang diajukan oleh
rakyat, sedangkan mereka jugalah yang bertanggungjawab kenapa Najib
sebagai PM dan Menteri Kewangan bebas untuk melakukan kemungkaran
terhadap ekonomi dan politik negara. Mereka mendiamkan diri sahaja
melihat 1MDB diperlakukan sebagai syarikat ‘SPV’ oleh setengah pihak
yang bertaraf kroni terhadap Najib untuk menyelongkar semua khazanah
negara untuk diperaidkan sesama sendiri.
Apabila keadaan sudah menjadi tidak menentu lagi baru lah kedengaran pemimpin dalam Kabinet seperti Muhyiddin mengeluarkan perasaan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku terhadap 1MDB. Itu pun bercakap disebalik tabir sahaja. Pandangan beliau itu tersebar hanya apabila ada orang yang tidak dijemput dalam perjumpaan tertutup itu menyiarkan ucapan beliau dalam media massa alternatif yang menjadi ‘viral’ itu. Dalam pada tidak bersetuju dengan apa yangb berlaku didalam 1MDB, sebulat suara pula Kabinet membenarkan untuk disediakan RM950 juta untuk ‘standby credit’ untuk 1MDB itu. Apa semuanya ini?
Sudahlah Najib tidak bertanggungjawab, Ahli-Ahli Jemaah Kabinet yang
bergaya dan glamor semuanya itu lebih lagi tidak bertanggungjawab dan
tidak mahu menerima ‘accountability’ terhadap jenayah 1MDB terhadap
negara. Semuanya bercakap terhadap kepentingan agama, bangsa dan negara,
tetapi kita lihat agamanya tiada, bangsanya kehilangan identiti dan
negaranya menjadi kucar kacir.
Sekarang tidak ada siapa dikalangan Ahli-Ahli Jemaah Kabinet bersedia
untuk meletakkan jawatan untuk menunjukan sikap bertanggungjawab dan
menjaga maruah kepimpinan mereka dikhalayak ramai.
Hakikatnya semua Jemaah Kabinet wajar berhenti sahaja kerana mereka
tidak faham fungsi jawatan yang mereka rebutkan selama ini. Orang nak
jadi Menteri mereka pun nak jadi Menteri. Apabila sudah jadi Menteri
mereka tidak pun memahami apakah fungsi mereka dalam Kabinet itu.
Sesungguhnya semua mereka ini adalah pemimpin-pemimpin yang ‘confused’
dan tidak mempunyai harga diri, baik sebagai orang berbangsa Melayu
tetapi juga sebagai seorang yang mengaku sebagai penganut agama yang
suci kita ini. Astagfirullah!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan