HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2015

Najib penakut-Shahbudin

 
Bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa mempersoalkan keberanian Perdana Menteri untuk berdepan dan berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjawab segala kritikan yang dibuat terhadap pentadbiran beliau.


Shahbudin-Husin_najib_mahathir_600



Menurut bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin, pendekatan yang diambil Perdana Menteri itu menunjukkan beliau tidak berani untuk berdepan dan berdebat bagi menjawab segala kritikan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbirannya.

“Menulis dan menjawab di blog, tidak memberi nilai tambah untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Najib kerana selagi tidak berani berdebat dengan Tun Mahathir, beliau tetap dianggap sebagai “penakut” dan tidak mampu mempertahankan hujahnya secara berdepan.

“Berbeza dengan Tun Mahathir, oleh kerana beliau diketepikan oleh media arus perdana, menulis atau menjawab di blog memberi kelebihan yang dinanti-nanti rakyat untuk mendapatkan penjelasan daripadanya”, tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.

Mengulas mengenai kenyataannya, Shahbudin dengan sinis meminta Penasihat Program Khas Perdana Menteri, Tan Sri Lim Kok Wing supaya menasihat Najib supaya berdebat.

Katanya, selepas saling berbalas kenyataan di blog masing-masing, rakyat masih ternanti-nanti maklum balas daripada Najib untuk bersemuka dengan Dr Mahathir.

“Sebagaimana jawapan dalam 13 perkara oleh Najib sebelum ini yang disifatkan oleh Tun Mahathir “tidak menjawab apa-apa”, penjelasan terbaru yang bercampur serangan dan sindiran kali ini pastinya mengundang libasan lagi daripada bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini.

“Akhirnya sesi jawab menjawab antara Najib dengan Tun Mahathir ini akan berterusan dan menjadi lebih meriah lagi dari masa ke semasa.

“Bilakah akan berakhir semuanya? Apakah “perang” melalui blog ini akan berterusan sehingga PRU 14 akan datang?Soal Shahbudin.

Tiada ulasan: