HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mei 2015

Protes anti salib: Siasat secara profesional, tak kira ahli keluarga

Oleh: HAFIZAN TAIB


SHAH ALAM: Kerajaan dan polis perlu bertindak profesional dalam menyelesaikan isu protes anti salib di hadapan sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Ahmad Yunus Hairi berkata, perkara itu penting demi memelihara keharmonian kaum di negara ini.
yunus
“Perkara ini perlu disiasat secara profesional walaupun membabitkan ahli keluarga, adik-beradik atau sesiapa yang berkaitan. Keputusan dibuat juga perlu adil untuk semua kerana membabitkan kepentingan awam,” katanya kepada Selangor Kini.

Ahmad Yunus juga mencadangkan penubuhan jawatankuasa neutral bagi mencapai penyelesaian terbaik, bahkan kerajaan perlu mengambil perhatian serius kerana membabitkan sensitiviti kaum dan agama.
Polis
“Mungkin keputusan sudah dibuat dan selesai. Tetapi wajar diakhiri secara berhemah serta adil supaya tidak mendatangkan masalah di kemudian hari,” katanya.

Terdahulu, Malaysia Kini melaporkan kerajaan mendapati tiada kesalahan atas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa isu berkenaan bukan hasutan tetapi polis mengklasifikasikannya sebagai pencerobohan bangunan.

Protes itu mencetuskan bantahan awam apabila salah seorang peserta adalah abang Khalid iaitu Datuk Abdullah Abu Bakar dan turut disertai ahli Umno kawasan itu.-NFN-


Tiada ulasan: