HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mei 2015

57,598 syarikat fail tuntutan bayaran balik GST

 THE MALAYSIAN INSIDER

 


























Sebanyak 57,598 syarikat yang mendaftar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memfailkan tuntutan bayaran balik bagi bulan pertama setakat ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar, kiri).

Beliau berkata syarikat yang ingin mendapatkan bayaran balik perlu memfailkan tuntutan selewat-lewatnya esok dan sekiranya gagal, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengeluarkan notis peringatan kepada mereka.

"Setakat ini, sebanyak 379,086 syarikat mendaftar dengan GST dan daripada jumlah itu, bagi bulan pertama, sebanyak 75,000 syarikat perlu memfailkan tuntuan balik GST. Setakat ini 57,598 syarikat  memfailkan tuntutan itu.


"Saya berharap syarikat yang belum memfailkan pembayaran balik GST akan dapat memfailkannya esok," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM438,000 kepada 44 badan bukan kerajaan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Ipoh.

Husni berkata apabila tuntutan difailkan, pihak bertanggungjawab ke atas pencukaian tersebut boleh mengenal pasti sama ada syarikat mengikut kaedah sebenar atau sebaliknya.

"Kita akan menyemak kos pengeluaran dengan margin sesebuah syarikat itu selepas syarikat memfailkan tuntutan bayaran balik GST," katanya.

Beliau berkata syarikat yang mendaftar GST perlu memfailkan tuntutan pembayaran balik pada setiap bulan. – Bernama,

Tiada ulasan: