HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2015

Lagi aktivis prodemokrasi diusir dari Malaysia

MALAYSIAKINI


 


Seorang lagi aktivis prodemokrasi Hong Kong disekat daripada memasuki negara ini.

Kali ini, Jabatan Imigresen Malaysia menahan ahli dewan perundangan Hong Kong, Leung Kwok-Hung sebaik saja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari ini.

Leung sendiri mengesahkan perkara itu kepada penganjur sesi dialognya yang sepatutnya diadakan di Petaling Jaya malam nanti.

Leung tiba di KLIA kira-kira jam 1.15 petang menaiki pesawat udara Cathay Pasific penerbangan CX723 dari Hong Kong.

Dia kemudian ditempatkan dalam penerbangan CX722 yang berlepas pada jam 3.07 petang tadi dan dijangka tiba di Hong Kong pada jam 6.35 petang.

Selasa lalu, pemimpin pelajar Joshua Wong, 18, turut dihalang daripada memasuki negara ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Tindakan itu meningkatkan spekulasi bahawa kerajaan mahu menjaga hati Beijing.

Leung dan Wong adalah tokoh penting dalam gerakan rakyat yang dikenali sebagai Revolusi Payung untuk mendesak Beijing membatalkan syarat saringan bagi setiap ahli politik yang ingin bertanding dalam pilihan raya di Hong Kong pada 2017.


Tiada ulasan: