Visual berdurasi 14 saat itu menunjukkan
lelaki berkenaan tergantung dengan tangannya memegang sebahagian dinding
pada tembok menara.
PETALING JAYA: Orang ramai yang berada berhampiran Masjid Kampung Baru sempat merakamkan percubaan seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari menara masjid berkenaan.
Visual berdurasi 14 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan tergantung dengan tangannya memegang sebahagian dinding pada tembok menara.
Sejurus selepas itu, dia terjatuh dan menghempap atap.
Bagaimanapun dalam kejadian sekitar jam 6.50 petang Jumaat, dia hanya mengalami patah kaki dan kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Menurut laporan Harian Metro Online, lelaki terbabit di percayai mempunyai masalah mental, sebelum itu cuba dipujuk orang ramai yang berada berhampiran.
Bagaimanapun ia gagal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan