HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2015

Warga emas terpinggir terpaksa cari pusat jagaan baru

Oleh: SYASYA SUFIAN


SHAH ALAM: Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, kecewa dengan sikap sesetengah penduduk yang tidak prihatin terhadap golongan warga emas.

Hannah berkata, Kelab Warga Emas Subang Jaya di Subang Perdana Court 2, USJ 6 terpaksa mencari kediaman lain bagi menjadi pusat aktiviti harian ekoran penduduk setempat enggan menerima mereka.

“Orang ramai tidak suka dengan kehadiran warga emas kerana dikatakan bising dan mengganggu suasana.

Hannah Yeoh PC Rumah Orang Tua (2) a“Jadi, mereka memerlukan sumbangan dari orang ramai untuk mencari lokasi bersesuaian dengan kadar sewa yang murah atau diberi secara percuma untuk penjagaan harian,” katanya.

Hannah berkata, masalah itu berlaku kerana maklum balas daripada penduduk yang kurang memberangsangkan dan tidak dapat menerima pusat jagaan harian itu.

“Selain itu, kita juga memerlukan lokasi untuk pusat jagaan kanak-kanak istimewa di Subang Jaya.

“Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya lebih bertimbangr asa dan prihatin kerana kita perlu hargai warga emas yang banyak berjasa,” katanya.

Mereka yang ingin mmebantu dan mempunyai lokais sesuai boleh menghubungi Hannah di talian 03-5631 2768.-NFN-


Tiada ulasan: