HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2015

Dua bot disyaki bawa pelarian Rohingya cuba hampiri perairan Malaysia

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
LANGKAWI: Dua bot mencurigakan, dipercayai membawa pelarian Rohingya dikesan kembali menghampiri sempadan perairan Malaysia. 
 
Difahamkan, kedudukan dua bot terbabit kini berada di tengah-tengah garisan persempadanan perairan antarabangsa Malaysia dan Thailand. 
 
Pemangku Panglima Wilayah Laut III Tentera, Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapten Roslee Mohd Isa, berkata pihaknya menerima maklumat dua bot terbabit sedang melakukan cubaan untuk membolosi sempadan perairan negara. 
 
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih belum dapat menjangkakan masa yang tepat bagi dua bot terbabit untuk berbuat demikian. 
 
"Dipercayai, bot terbabit menggunakan khidmat ejen daripada sindiket pemerdagangan haram yang menyebabkan mereka takut untuk memasuki perairan negara ini. 
 
"Selain itu, terdapat kemungkinan lain, yang mana ejen terbabit cuba memeras ugut penumpang di dalam bot yang mencurigakan itu, sebelum masuk ke perairan negara ini.
 
"Kami berharap pasukan ketenteraan Thailand akan membuat rondaan ke kawasan berkenaan bagi memudahkan proses tangkapan dilakukan," katanya yang dipetik BH Online.
 
 

Tiada ulasan: