Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - Foto Bernama
SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
merupakan calon terbaik bagi menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak, namun jalan untuk Ketua Pemuda Umno itu bukan mudah.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ini kerana Umno akan mencaras Khairy dan beliau hanya boleh menjadi Perdana Menteri pada lewat usianya.
“Kalau kita bandingkan semua pimpinan yang ada. Pemimpin yang terbaik layak mengganti Najib adalah Khairy.
“… dia calon yang layak, berkarisma, dia juga boleh bertutur dengan baik sama ada dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,” katanya dalam satu wawancara dengan sebuah portal.
Zainuddin atau dikenali dengan panggilan Zam diminta mengulas mengenai siapakah individu paling layak menggantikan Najib.
Zam menambah, selain faktor populariti Khairy di kalangan anak muda, menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi itu juga berkebolehan untuk meyakinkan dan mendapatkan semula sokongan rakyat terhadap BN.
“Dia semakin cerdik dan semakin mengimbangi politiknya. Dia juga tidak menampakkan bahawa dia menerima sepenuhnya pengisian dalam 1MDB dan dia juga banyak berusaha meyakinkan rakyat terhadap apa yang bakal dilakukan oleh kerajaan.
“Kalau kita bagi beliau peluang, sekarang juga dia boleh dapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan dari pelbagai kaum, bangsa, agama dan umur. Tetapi, tetapi tak boleh! Dia tidak akan mendapat tempat sepantas yang kita kehendaki. Dia hanya akan menjadi Perdana Menteri di hari tua,” katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan