HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2015

Pelan halatuju 1MDB dibentang dalam kabinet

SINAR HARIAN




1MDB 1Malaysia Development Berhad

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan akan membentangkan pelan hala tuju 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam mesyuarat jemaah menteri esok.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelan itu yang turut melihat pada struktur 1MDB, digubal sebagai usaha menangkis persepsi negatif masyarakat terhadap syarikat pelaburan strategik kerajaan berkenaan.

"Kita kena kukuhkan penstrukturan 1MDB, sepadankan perniagaannya dengan pembiayaan yang telah dibuat.
"Selepas ini dilakukan, semuanya akan selesai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Koperasi Nasional, di sini hari ini.

Katanya, kementerian akan mengumumkan pelan itu kepada rakyat selepas mendapat persetujuan jemaah menteri.

Kira-kira 800 peserta menghadiri konvensyen tiga hari itu yang bermula hari ini dengan tema 'Ke Arah Melahirkan Koperasi Berimpak Tinggi Menjelang 2020'.  - Bernama

Tiada ulasan: