HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Mei 2015

MyTeksi tawar kerja kepada kakitangan MAS

 
Kakitangan MAS yang berminat boleh mengisi borang secara online di Facebook MyTeksi


myteksi_mas_600


PETALING JAYA: Operator perkhidmatan teksi Online, MyTeksi menawarkan peluang pekerjaan kepada kakitangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang akan ditamatkan perkhidmatan 1 Jun ini.

Tawaran itu dimuat naik dalam status Facebooknya.

“Wahai kawan-kawan di Malaysia Airlines, ketika dalam keadaan tidak menentu ini, MyTeksi ingin membantu teman seperjuangan jenama kelahiran Malaysia.

Sebagai sokongan kecil, kami ingin menjemput anda menyertai keluarga besar kami. Kami mengupah dalam pelbagai bidang termasuk jualan, perkhidmatan pelanggan, pemasaran dan logistik”, antara status yang dimuat naiknya.

Bagi tujuan berkenaan, kakitangan MAS yang berminat boleh mengisi borang secara online yang turut tertera di laman Facebooknya.

Susulan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu, nasib 20,000 kakitangannya akan diketahui Isnin depan.

Surat yang akan diterima 1 Jun ini akan menentukan sama ada mereka akan terus kekal berkhidmat atau sebaliknya.

Selepas tarikh berkenaan, MAS tidak lagi wujud, sebaliknya ia akan dikendalikan sebuah syarikat baru, MAS Bhd yang akan diteraju Ketua Pegawai Eksekutif, Christoph Mueller.

Tiada ulasan: