TUMPAT – Calon Presiden Pas, Ahmad Awang berpandangan parti itu perlu kekal dalam PR jika mahu maju ke hadapan.
Bagaimanapun jelasnya, yang menentu keputusan sama ada Pas kekal atau tidak dalam PR itu bergantung kepada Muktamar Tahunan Pas minggu depan.
Ahmad berkata, kalau ada pemimpin tertinggi yang mahu keluar dari PR adalah bercanggah dalam Muktamar dan itu hanya pandangan individu kerana kuasa tertinggi dalam parti adalah Muktamar.
“Kekal dalam PR bergantung kepada keputusan Muktamar, kalau saya yang hendak macam tu tetapi yang lain nak batal keputusan, itu terserahlah,” katanya selepas ceramah isu semasa di tapak pasar malam bandar Tumpat, malam kelmarin.
Berkongsi pengalamannya di Perak, bekas pesuruhjaya Pas Perak itu berkata, dia akui ketika baharu bersama DAP, memang terdapat masalah tetapi hasil perbincangan percanggahan itu dapat diatasi.
“Jadi dalam hal ini adalah berpakat, itulah jadinya pakatan, tetapi masalahnya ada pemimpin itu tidak mahu bincang, datanglah masalah lain,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan