Walaupun pelbagai asakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengisytiharkan akan berkhidmat setelah tamat tempoh.
Bagaimanapun, persoalannya dapatkan beliau bertahan hingga ke akhir?
Tokoh wartawan Datuk Kadir Jasin ada resipinya, seperti berikut:
-
Rombakan kabinet harus dilakukan dengan mengetepikan “unsur tidak mesra”
seperti timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri
Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.
-
Lantik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai timbalan
perdana menteri dan meletakkan Kementerian Kewangan bawah sepupunya
Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini mengawal Kementerian
Pertahanan. Zahid juga boleh diberi portfolio kementerian Hishammuddin
sekarang.
-
Ambil alih Kementerian Dalam Negeri supaya darurat boleh diisytihar
dengan lebih mudah jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen.
-
Upah penulis surat layang “berwibawa: untuk memburuk-burukkan Tun Dr
Mahathir Mohamad, dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyumbang kata pengantarnya. Ini, kata Kadir, boleh ditukar dengan
ganjaran beberapa hari keluar penjara.
-
Gantikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dengan peguam Umno Datuk Mohd Hafarizan Harun.
- Hilangkan beban hutang 1MDB dengan meminta ahli perniagaan Jho Low menguruskan penjualan syarikat pelaburan negara itu kepada sahabat-sahabat Arabnya.
Katanya, pindaan jawapan itu, kepada simpanan dalam bentuk “unit” boleh menyebabkan prosiding ala pemakzulan (penyingkiran) terhadapnya dibuat.
“Ingat pemakzulan terhadap presiden Indonesia Abdurrahman Wahid pada 2001? Tetapi bawah undang-undang kita, tiada peruntukan pemakzulan oleh Parlimen.
“Dewan bagaimanapun boleh meluluskan usul tidak percaya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan