HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2015

Semua menteri kabinet persoal isu 1MDB dalam mesyuarat - Shafie

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Semua menteri kabinet secara aktif mempersoalkan perihal kontroversi yang menimpa syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setiap kali mesyuarat diadakan.
 
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Mohd Shafie Apdal berkata mereka juga ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dalam pengurusan 1MDB.
 
1MDB sebelum ini dilaporkan mengalami kerugian sehingga RM42 bilion selain dikesan melakukan beberapa urusniaga uang mencurigakan.
 
“Kita anggota kabinet yang bertanggungjawab. Itu sebabnya kita tanya soalan...
 
“Kita mahu tahu,” kata Shafie kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pada kakitangan terbaik kementeriannya di Putrajaya.
 
Katanya, kabinet juga tidak jelas berhubung sesetengah isu berkaitan syarikat itu.
 
Justeru, mereka tidak boleh dipersalahkan, katanya lagi.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah (atas) bahawa seluruh kabinet bertanggungjawab atas masalah 1MDB.
 
Isu 1MDB kini sedang disiasat Jawatankuasa Kira-Kira Wang negaea (PAC) dan juga Jabatan Audit Negara.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa tiada mana-mana pihak yang akan dilindungi jika disabit kesalahan kelak.
 
 

Tiada ulasan: