HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mei 2015

Wahai-Hasan-kajian-impak-mestilah-dilakukan-sebelum-bukan-selepas-GST

Wahai Hasan, kajian impak mestilah dilakukan sebelum, bukan selepas GST - See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Wahai-Hasan-kajian-impak-mestilah-dilakukan-sebelum-bukan-selepas-GST#sthash.k7DAlJ2K.dpuf
Oleh Hazlan Zakaria


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek mungkin tidak memahami pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedalam-dalamnya, kerana beliau hanya melihat kepada kajian impak sekarang walaupun sistem ini telahpun dilaksanakan.

Mungkin inilah sebab kenapa sistem percukaian baru ini telah menyebabkan kepeningan kepada peniaga, syarikat, pengguna dan pihak berkuasa.

Penilaian impak adalah proses mengkaji kesan masa hadapan dan isu-isu yang mungkin timbul sekiranya berlaku terhadap dasar, projek pembangunan atau inisatif syarikat, negara, masyarakat ataupun alam sekitar.

Ianya adalah satu amalan standard kepada syarikat-syarikat dan kerajaan untuk mengkaji secara teliti bukan hanya perkara asas, kebiasaannya mentauliahkan ratusan kertas putih dan kajian akademik terhadap isu yang terlibat, tetapi juga melihat kepada impak yang dijangka terhasil.

Dan sudah tentu bahagian lain adalah untuk meramal inisiatif baru yang dicadangkan atau pembangunannya dan impak masa hadapan yang mungkin terjadi, itulah apa yang dikatakan dengan kajian impak.

Sememangnya, penilaian impak adalah sesuatu yang berpandangan jauh dan seharusnya menjadi sebahagian daripada pentadbiran yang baik - sesuatu yang kerajaan harus ada, termasuklah kerajaan kita.

Ianya kelihatan bahawa Hasan dan kementerian beliau masih mengkaji impak GST dan sedang mencari satu atau dua cara untuk menambah baik pelaksanaannya dan membuatkannya lebih komprehensif.

“Ini adalah untuk menambahbaik GST mengikut keperluan rakyat,” beliau dipetik sebagai berkata ketika tinjauan mesra Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu pada 27 Mei.

Walaupun penambahbaikan yang sedang berjalan kepada mana-mana sistem yang baru dilaksanakan adalah satu amalan yang baik, tetapi untuk menanti sehingga sebelas jam sebelum memutuskan tentang isu pokok adalah sebaliknya.

Seperti yang dilaporkan secara meluas, pelaksanaan GST telah dicemari dengan pelbagai isu dengan masalah di bahagian peruncitan, dasar kerajaan, pengawalan selia dan juga kepada pelanggan.


Salah satu contoh adalah masalah dengan tambah nilai prabayar syarikat telekomunikasi dan ‘perlawanan ping pong’ antara kementerian Hasan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan Kastam Diraja dan Jabatan Eksais mengenai perkara itu.

Lebih merisaukan lagi, hampir serupa dengan isu berkaitan tambahnilai prabayar, adalah cara kendalian yang tidak teratur terhadap senarai barang berkadar sifar dan dikecualikan daripada GST.

Seperti sesetengah pengkritik berkata bahawa senarai barang berkadar sifar tidak difikir secara mendalam dengan banyak barang asas termasuklah makanan asas dan barang perubatan biasa masih dicukai sementara barang pelik seberti udang kara dikecualikan daripada cukai.

Apatah lagi dengan tindakan peniaga tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang, sengaja mengambil kesempatan terhadap sistem baru untuk berbuat begitu.

Dalam kes ini, pihak berkuasa dan kementerian Hasan khususnya berhadapan dengan masalah biasa mereka iaitu penguatkuasaan. Ramai menteri telah meminta pengguna untuk melaporkan kenaikan harga barang dan hukum peniaga ingkar ini dengan boikot.

Biarpun begitu, penguatkasaan adalah fungsikerajaan dan ianya adalah tugas kerajaan untuk memastikan mereka secara aktif berbuat apa yang seharusnya dilakukan untuk membantu memastikan harga-harga yang rendah dan pelaksanaan yang betul.

Sudah tentu, Hasan mengaitkan angka aduan yang semakin menurun dengan pengguna yang malas, walaupun aduan yang disalurkan di berita dan media sosial setiap hari.

Beliau dilaporkan berkata bahawa aduan yang diterima oleh Pusat Gerakan Anti Pencatutan telah menurun daripada lebih 7,000 aduan setiap hari apabila GST baru dilaksanakan kepada 250 sekarang ini.

“Ini adalah sama ada rakyat telah mula menerima pelaksanaan GST dan kenapa ianya dilaksanakan oleh kerajaan ataupun pengguna malas untuk membuat aduan.”

Saya meragui ianya kerana kemalasan wahai Hasan atau kesedaran awam terhadap GST. Ianya lebih kepada tidak berdaya kerana aduan bukan saja tentang peniaga ingkar tetapi sistem percukaian baru itu sendiri dan pelaksanaannya yang tidak teratur.

Tiada ulasan: