Tuntutan itu membabitkan kebenaran untuk ahli keluarga melawatnya di hospital dan melantik doktor untuk menilai keadaan kesihatan Anwar.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang mewakili keluarganya berkata, peluang untuk bertemu dengan Anwar sepanjang berada di hospital itu adalah amalan yang pernah dibuat keluarganya semasa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjara selama hampir enam tahun sebelum dibebaskan pada 2004.
Sehubungan itu, katanya, jika pertemuan di hospital itu dihalang,
beliau mendakwa ia sebagai arahan baharu yang diterima daripada
kuasa-kuasa politik atasan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tuntutan kedua adalah
mendesak kerajaan membenarkan adanya penilaian bebas oleh doktor yang
dipilih keluarga untuk mengesahkan keadaan kesihatan Anwar.
“Kalau dah lebih tiga minggu kita beri peluang dan beri kerjasama
penuh. Pada masa sama, kalau ia memberi impak begitu negatif kepada
keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita harus bertindak,”
katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Keadilan di sini, Sabtu.
"Kami mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital. Sehinggakan permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan ke atas bahu beliau tidak diendahkan sejak beberapa minggu," katanya yang merujuk kepada keadaan Anwar yang mengalami kecederaan di bahu kanan sejak setahun lepas.
Anwar kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah
Persekutuan pada 10 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama
lima tahun atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari
Azlan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan