SYARIKAT penerbangan British Airways kembali
beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas
14 tahun menghentikan penerbangan di negara ini.
Penerbangan tanpa henti bagi kedua-dua arah itu, Kuala Lumpur ke London Heathrow dan London-Kuala Lumpur itu mengambil masa hampir 14 jam menggunakan Boeing 777-200ER.
Pengarah Urusan Malaysia Airport, Datuk Badlisham Ghazali mengalu-alukan kepulangan British Airways sejak menamatkan operasi mereka pada 2001.
“Pelanggan kini mempunyai lebih pilihan dengan kembalinya British Airways ke Malaysia.
“Penerbangan ini menawarkan empat jenis kabin termasuklah Kelas Pertama baharu yang memenangi anugerah di peringkat antarabangsa,” katanya ketika majlis menyambut ketibaan British Airways dari London yang mendarat buat kali pertama, semalam.
Beliau berharap kerjasama antara dua negara itu dapat diteruskan dalam jangka masa lebih panjang.
Katanya, British Airways menawarkan penerbangan dua hala itu dibuka setiap hari kepada orang ramai yang memuatkan 200 penumpang dalam satu masa.
Badlisham berkata laluan Eropah antara pasaran terpenting di Malaysia dan penerbangan tanpa henti bakal beri impak besar kepada Asia.
“Malaysia berada di kedudukan ke sembilan, negara yang kerap dilawati pelancong dari Eropah.
“Saya yakin destinasi baharu ini bakal menarik pelancong asing dan meningkatkan lagi perkembangan ekonomi negara,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan