HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2015

1MDB perlu bertanggungjawab walaupun hutang langsai, kata Dr M

 THE MALAYSIAN INSIDER 1Malaysia Development Berhad masih perlu bertanggungjawab atas kerugian syarikat itu walaupun selepas hutang dibayar, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2015.1Malaysia Development Berhad masih perlu bertanggungjawab atas kerugian syarikat itu walaupun selepas hutang dibayar, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider. 



























Syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih perlu bertanggungjawab atas kerugian berbilion ringgit walaupun semua hutangnya dibayar melalui penjualan aset, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, dalam perniagaan kerugian boleh terjadi disebabkan kelemahan pelaburan atau pengurusan, dan itu tidak boleh diterima walaupun pengurus dan ketua pegawai eksekutifnya dipecat.

"Apabila wang hilang dan pengurusan tidak mampu menjelaskan ke mana dan bagaimana ia boleh lesap maka pengurusan masih perlu bertanggungjawab walaupun ada cara untuk menyelamatkan atau hutang dibayar," katanya melalui tulisan di blog popularnya chedet.cc hari ini.


Katanya, walaupun duit yang didakwa dilaburkan di Pulau Cayman dapat ditebus dan dibawa ke Singapura, pengurusan perlu bertanggungjawab atas kehilangannya kerana gagal membuktikannya dalam bentuk nyata. Katanya, andaian berlaku penyelewengan terus ditimbulkan selagi pihak pengurusan tidak membuktikan sebaliknya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika menjawab dakwaan itu menafikan bertanggungjawab menyebabkan kerugian RM42 bilion 1MDB dan membidas Dr Mahathir yang menjadikan isu itu untuk menyerang pentadbirannya.

"Nampaknya, ini merupakan suatu perbuatan yang sengaja memutarbelitkan fakta kerana 1MDB tidak mengalami kerugian sebanyak itu. Ini adalah jumlah hutangnya; hutang yang jauh lebih kurang daripada aset syarikat itu yang bernilai RM51 bilion, seperti yang diaudit dan disahkan oleh Deloitte.

"Kebanyakan syarikat besar di seluruh dunia mempunyai kadar hutang yang tinggi, jadi ini bukanlah suatu perkara luar biasa," katanya dalam blog NajibRazak.com kelmarin.

Najib berkata, kebanyakan tuduhan Dr Mahathir itu tidak betul dan tidak sedar kebanyakan isu bermula sejak pentadbirannya terdahulu.

"Beliau juga mendakwa saya tidak menjawab isu yang menyelubungi 1MDB, tetapi saya pergi lebih jauh daripada itu - dan mengarahkan ketua audit negara melakukan audit terhadap 1MDB, hasilnya akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwi partisan.

"Tun sering mendakwa beliau melakukan sesuatu itu kerana itulah apa yang diberitahu akyat kepada beliau apabila mereka datang berjumpa beliau. Tetapi, beliau perlulah selidik dulu sama ada tuduhan seperti itu mempunyai bukti dan kebenaran sebelum menyuarakannya. Beliau tentu sedar kebanyakan tuduhan yang dibuat itu a mengenai perkara yang berlaku di bawah pentadbirannya dulu.

“Dan, selalunya, jawapan Tun ialah:"Mana buktinya?" Beliau patut melakukan ujian serupa terhadap apa yang beliau dengar itu," katanya.

Najib juga mempersoalkan kembali motif Dr Mahathir menyerang dengan dakwaan yang sebelum ini ditimbulkan pembangkang dan tetap menyokong bekas ketuanya daripada diserang.

"Soalannya ialah - apakah yang menggerakkan Tun memilih saat ini untuk mengulangi tuduhan jahat yang direka kumpulan pembangkang yang sebelum ini beliau sendiri kecam sebagai pembohong itu?

"Sepanjang 22 tahun beliau berkuasa, Tun selalu mendesak agar ahli parti perlu menyokong kepimpinan dan saya menyokong beliau ketika susah dan senang," katanya.

Tiada ulasan: