HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Mei 2015

Baju Melayu Abad ke-21

 
Baju Melayu yang dihasilkan dengan sulaman yang besar terpampang menghilangkan imej kejantanan

.

 baju-melayu_600


PETALING JAYA: Pelbagai cara untuk tampil menarik untuk menyambut Hari Lebaran.

Pastinya bagi majoriti masyarakat Islam khususnya bagi lelaki Melayu, kedatangan 1 Syawal seakan tidak sempurna tanpa Baju Melayu.

Bagaimanapun gambar yang dimuat naik dalam sebuah blog tempatan, omakkau, penerampilan seorang lelaki dengan fesyen Baju Melayu terkini, menjadi tanda tanya.

Apakah perekanya terlalu kreatif sehingga baju yang dihasilkan nampak begitu pelik dan janggal.

Di sebalik imej “sado” yang ingin diketengahkan, Baju Melayu yang dihasilkan dengan sulaman yang besar terpampang menghilangkan imej kejantanan.


Tiada ulasan: