KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menubuhkan satu jawatan kuasa untuk
menyiasat aktiviti pemerdangan manusia yang berlaku di negara ini.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Amidi Abdul Manan berkata, ia selaras dengan prinsip negara ini sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Menurutnya lagi, setiap umat manusia harus sentiasa peka terhadap penindasan serta kekejaman yang berlaku ke atas orang lain.
"Merujuk US State Department's Trafficking In Person (TiP) report 2014, Malaysia telah jatuh ke tangga ketiga iaitu di bawah kategori sebuah negara yang gagal memenuhi kewajipan antarabangsa yang asasi untuk menghalang aktiviti pemerdagangan manusia dan
menyelamatkan mangsa-mangsa aktiviti haram ini.
"Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat perlu bertanggungjawab untuk membanteras aktiviti keji ini," katanya ketika ditemui di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini hari ini.
Dalam pada itu, dia turut melahirkan rasa dukacita terhadap penemuan kem serta perkuburan manusia di Wang Kelian, Perlis.
"Saya sifatkan ia merupakan satu tragedi kemanusiaan yang amat kejam dan dahsyat serta melangkaui kepentingan geo-strategik di negara ini.
"... Ia mengesahkan bahawa ada masyarakat Rohingya menjadi mangsa pemerdagangan manusia di kem tersebut," katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan bertanggungjawab membanteras aktiviti pemerdagangan manusia di negara ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan