Peneroka Felda menolak alasan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) berkenaan kejatuhan harga saham dan prestasi syarikat yang lemah berpunca daripada insiden banjir tahun lalu, yang menjejaskan operasi ladang mereka, kata pertubuhan anak peneroka Felda (Anak).
Pemimpin Anak, Mazlan Aliman berkata peneroka juga khuatir kesan akibat penurunan harga yang jatuh sehingga lebih 50% sejak disenaraikan kira-kira tiga tahun lalu.
Beliau berkata, banjir besar melanda hanyalah di Kelantan yang tidak memiliki banyak ladang kelapa sawit.
"Banjir teruk di Kelantan, berapa banyak tanaman FGVH di Kelantan?" soalnya. Menurut laman web FGVH, ladang terbesar mereka kebanyakannya terletak di Pahang dan Sabah.
"Banjir di Pahang juga tidak berapa teruk. Saya tidak terima alasan itu. Ia hanya alasan untuk prestasi syarikat yang lemah," katanya, kepada The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan