HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Mei 2015

Isu Rohingya: Akhbar Thailand Persenda Malaysia

ANTARAPOS.COM


Post Pic




SANTUBONG: Tindakan sebuah akhbar negara jiran yang menyiarkan karikatur kartun menghina negara ini tidak dapat diterima, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata tindakan menghina pemimpin serta rakyat negara ini tidak seharusnya berlaku.

"Sebenarnya kalau kita lihat apa yang dijumpai di Bukit Wang Burma, Wang Kelian bukan bermula dari negara kita kerana lokasi kem transit itu lebih mudah untuk dimasuki dari negara berkenaan.

"Saya melihat daripada semua indikasi yang dijumpai (di Bukit Wang Burma, Wang Kelian) semua ini bermula dari sana. Semua barang-barang yang kita jumpa di kem transit itu seperti makanan, bungkusan, kain, kotak, bahkan kotak peluru semuanya berasal dari negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Peruntukan kepada lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam kawasan Parlimen Santubong, Sarawak, malam tadi.


Wan Junaidi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebuah akhbar negara jiran yang menyiarkan karikatur menunjukkan seorang pegawai polis negara ini sedang memegang penyodok  di hadapan timbunan tengkorak.

Tiada ulasan: