MALAYSIAKINI
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau sepatutnya digalakkan
untuk lebih 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tindakan itu
akan membantu presiden PAS dan kumpulan pro-ulama menang dalam pemilihan
parti minggu depan.
"Saya bercakap tentang prinsip dan jawatan dalam parti kami. Jadi, jika
apa yang saya katakan memberi manfaat Hadi, maka saya yakin beliau akan
menggalakkan saya untuk bercakap," kata Lim ketika ditemui di lobi
Parlimen.
"Dan saya akan terus bercakap untuk rakyat apabila perlu. Apa DAP buat
dan kata, macam manapun tidak akan menjejaskan peluang Hadi untuk
menang," katanya lagi.
MP PAS Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa serangan berterusan
DAP telah menyebabkan DAP menerima kecaman dan menimbulkan kemarahan
akar umbi.
Ini secara tidak langsung membantu kempen Abdul Hadi dan kumpulan ulama dalam menentang kumpulan liberal, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan