HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2015

1MDB: Jawapan Najib di parlimen tak bertanggungjawab

Oleh: Nadia Hanafi


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyifatkan jawapan menteri Kewangan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian berikutan jawapan Datuk Seri Najib Razak kepada soalan yang dikemukakan di parlimen pada 25 Mei dan 26 Mei lalu.

1MDB

Namun, katanya, Najib memberi jawapan berdasarkan maklumat yang dikemukakan pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan.

“Jawapan itu tidak relevan kerana beliau tidak menjawab soalan. Kenapa menteri kewangan jawab dalam parIimen guna ayat ‘berdasarkan maklumat yang dikemukan oleh pihak pengurusan 1MDB kepada kementerian kewangan….

“Ini tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab menteri kewangan kerana jawapan di parlimen tidak boleh guna berdasarkan maklumat 1MDB,” katanya.

Tony turut mempersoalkan adakah menteri cuba melindungi diri dengan memberi jawapan seperti itu sedangkan sepatutnya menteri kewangan perlu memastikan jawapan yang diberikannya adalah tepat.

“Adakah dia cuba untuk melindungi diri mereka? Menteri kewangan cuba bersekutu dengan 1MDB. Dia mungkin boleh beritahu ini 1MDB cakap, bukan saya cakap,” katanya.

Tambah Tony, Jawapan menteri kewangan di parlimen itu seolah mempermainkan kuasa parlimen.

Pada 25 Mei, Tony meminta menteri kewangan menyatakan sebab perubahan penggunaan dana terbitan bon US 3 billion oleh 1MDB Global Investment di mana pelabur diberitahu melalui prospektus bahawa kesemua dana tersebut akan dilabur di Tun Razak Exchange (TRX) menerusi syarikat usahasama ADMIC.

Tony turut bertanya sama ada pihak pelabur telah dimaklumkan dan kebenaran diperolehi.

Bagaimanapun jawapan menteri kewangan berdasarkan maklumat dikemukakan pihak pemgurusan 1MDB menyatakan, sebarang penggunaan ke atas hasil daripada dana terbitan bon adalah mengikut terma dan syarat bon yang diterbitkan.

Tiada ulasan: