HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Oktober 2015

Ahli Wanita Umno Kelantan disoal SPRM berhubung bantuan mangsa banjir‎



Ahli Wanita Umno yang dipanggil untuk soal siasat berkenaan salahguna dana yang diperuntukkan mangsa banjir Kelantan hadir di Shah Alam hari ini untuk sesi soal siasat kedua kes tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Oktober, 2015.Ahli Wanita Umno yang dipanggil untuk soal siasat berkenaan salahguna dana yang diperuntukkan mangsa banjir Kelantan hadir di Shah Alam hari ini untuk sesi soal siasat kedua kes tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Seorang ahli Wanita Umno Kelantan hari ini dipanggil bagi sesi soal siasat dengan pihak berkuasa anti-rasuah, berhubung dakwaan menyalahguna dana diperuntukkan untuk mangsa banjir negeri itu oleh agensi kerajaan.

Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, agensi yang terlibat adalah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan seliaan menteri di jabatan perdana menteri hal ehwal Islam.

Ahli Wanita Umno itu dipercayai menjawat jawatan tinggi dalam agensi berkenaan dan kenyataannya direkodkan pada petang Isnin oleh SPRM, kata sumber.

Sesi soal siasat hari ini yang dijalankan di Shah Alam, adalah kali kedua untuknya. Ahli Wanita Umno itu dilihat tiba pada jam 10.50 pagi ditemani seorang lelaki.


Tiada ulasan: