Sumber SPRM mengesahkan kepada The Malaysian Insider mengenai perkara itu petang ini.
Sumber memberitahu, beliau ditahan SPRM kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Difahamkan pada Mac lepas, SPRM menahan pegawai tertinggi syarikat berkenaan dan orang tengahnya terhadap pembelian hotel bernilai jutaan ringgit di London. SPRM turut menahan seorang ahli perniagaan berkaitan syarikat tersebut terhadap pembelian hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Anak syarikat kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu diperbadankan pada 2013. – 6 Oktober
Tiada ulasan:
Catat Ulasan