Persepsi Khairy itu tidak mengejutkan jika ia diluahkan oleh pembangkang atau Dr Mahathir
PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjadi bahan jenaka blog pro UMNO sendiri apabila memberikan persepsi menyokong pembangkang untuk menggagalkan Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut artikel yang disiarkan di MyKMU.net, tidak mengejutkan jika persepsi seperti Khairy itu diluahkan oleh pembangkang atau bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Yang penulis tak faham, dari penyokong kerajaan macam Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaludin pun bagi persepsi yang sama ni apa pulak? Dah sah sah jumlah kerusi BN dalam Parlimen lebih banyak dari pembangkang, jadi kerisauan (Bajet 2016 tak lulus) ini datang dari mana dan untuk apa?,” kata penulis artikel itu.
Penulis itu juga turut membidas Khairy yang membuat teguran ke atas Najib, seolah-olah menteri yang baru berusia 39 tahun itu mahu mengajar ketuanya.
“Gaya dan cara Khairy bercakap macam Najib ini baru masuk politik sebulan. Sedarkah Khairy bahawa Najib dah jadi ahli parlimen masa umur dia belum pun cecah 2 bulan, nak gebang apa?
“Tahulah Najib macam mana nak kendali segala ancaman untuk mengagalkan pentadbirannya termasuk Bajet 2016 ni,” ujarnya.
Khairy sebelum ini dilapor menyatakan, bahawa Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menolak Bajet 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan