KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mencari jalan penyelesaian segera dengan
Indonesia berhubung isu jerebu yang melanda negara sejak sebulan ini.
Tinjauan AntaraPos di sekitar ibu kota tadi mendapati, rakyat rata-rata
sudah mula berasa cemas dengan tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) yang tidak sihat sejak sebulan ini akibat daripada pembakaran
terbuka sehingga menyebabkan jerebu.
Katanya, kegagalan kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap
beberapa syarikat yang kini dilaporkan menjadi punca jerebu menyebabkan
negara-negara jirannya turut terkesan dengan tindakan pihak yang tidak
bertanggungjawab itu.
"Jadi untuk elak benda ini jadi lebih teruk, jadi kerajaan Malaysia ini
perlu ada suara untuk terus tegas dalam perkara ini, jika cakap
tidak...tidak. Sebab tidak boleh beri muka sudah pada mereka.
"Sebab ini sudah kali kedua takut selepas ini ada macam-macam lagi
pula. Dua tahun lepas jerami padi, tahun ini pembakaran hutan, tahun
depan mungkin lain pula kan. Jadi mengganggulah kita orang semua,"
katanya kepada Antarapos ketika ditemui tadi di Dataran Merdeka.
Beliau dalam pada itu berkata akibat daripada IPU yang terus meningkat,
banyak aktiviti terpaksa dibatalkan walaupun ianya sudah dirancang
berbulan lamanya.
"Itu semestinya (ambil tindakan terhadap syarikat yang membakar sampah
tidak mengikut prosedur) yang ditetapkan, jadi tindakan itu perlu
diambil sebab ianya melibatkan kita punya negara kan.
Sementara itu, bagi pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Peter, 50,
tahap kesihatannya mula tidak stabil apabila terpaksa bekerja dalam IPU
yang terus meningkat dari semasa ke semasa.
"Jerebu ni macam buat saya rasa hendak pengsanlah... bernafas kurang, tiada selera makan, jadi susahlah ini macam.
"Ada sakit tekak-tekak skit, pernafasan sedikit teruk," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, walaupun IPU terus meningkat, kerja tetap perlu diteruskan demi menjaga kebersihan alam sekitar.
"Kerana terpaksa bekerja, mesti mahu kerja. Sampah sarap hendak ambil, ini bandaraya punya," katanya.
Katanya, aktiviti jerebu sedikit sebanyak telah menjejaskan rakaman gambar kenangan yang mahu diambilnya di sekitar ibu kota.
"Ya, saya tidak jangka jerebu seteruk ini, saya agak sedikit kecewa hari ni.
"Saya bercadang hendak pergi ke KL Tower, tapi sayangnya jika
berjerebu, sudah pastilah saya tidak nampak sangat pemandangan yang
jelas," katanya.
"Gambar yang saya tangkap di sini (Dataran Merdeka) pun tidak begitu jelas.
"Saya ambil gambar tetapi tidak berapa cantik," ujarnya lagi.
Jelas raut muka beberapa individu yang ditemui Antarapos nampak kecewa
dengan keadaan jerebu yang sudah hampir sebulan berterusan naik-turun
IPU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan