Raja
Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail (tengah)
mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 239 di Istana Negara,
Kuala Lumpur hari ini. Turut berangkat, Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah (dua kanan), Sultan Terengganu, Tuanku Mizan
Zainal Abidin (dua kiri). Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man
(tiga kanan) dan Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali (kanan).- Foto
Bernama
KUALA LUMPUR - Perkara berkaitan pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan
dan pelantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan antara yang
dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-239 di Istana Negara di
sini, hari ini.
Dalam satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed
Danial Syed Ahmad berkata mesyuarat yang dipengerusikan Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu turut membincangkan jadual
Mesyuarat Majlis Raja-raja bagi tahun 2016.
Pagi tadi Tuanku Syed Sirajuddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis
Raja-raja ke-239 yang dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang
diwakili Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim manakala
Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad
Shah.
Kesemua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut hadir ke mesyuarat berkenaan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan