Oleh Christopher Fernandez
Udara dan persekitaran terasa menekan dan putus harap yang tergantung seperti langit mendung menyuramkan negara ini ketika lebih ramai rakyat Malaysia bertambah risau dan bimbang tentang negara yang menjadi sehina anjing dan mereka yang mahukan perubahan berlaku pula lagaknya seperti anjing menyalak bukit.
Cuba suarakan atau dengan
sopan menawarkan pendapat berbeza di negara ini dan lihat bagaimana
kerajaan BN mengendalikannya sehingga sampai ke tahap menjadikan Akta
Pemberi Maklumat 2010 tidak lebih sekadar sandiwara.
Wujud kisah di masa lepas di mana mereka yang mendedahkan rasuah dan salah laku yang berlaku- tidak menerima perlindungan kerana cukup berani untuk tampil ke hadapan dan memberikan maklumat- akhirnya mereka pula menerima hukuman.
Inilah kes Khairuddin
Abu Hassan yang telah ditahan untuk siasatan kerana memberikan dokumen
kepada pejabat peguam negara Switzerland di atas kekecohan hutang RM42
bilion 1MDB.
Khairuddin
ialah seorang pemberi maklumat yang menemui sesuatu yang mencurigakan.
Tetapi berbanding pergi kepada polis Malaysia atau Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, dia membawa kisah yang diketahuinya kepada
pihak berkuasa Swiss walaupun mengetahui yang dia akan ditangkap kerana
bertindak mencabar kedaulatan negara ini.
Tetapi
mengapakah dia sangat terdesak untuk mendapatkan sebuah badan berkuasa
bebas bagi menyiasat perkara itu? Adakah dia tidak mempercayai polis
tempatan kita atau SKMM atau badan penghakiman Malaysia bagi
menjalankan siasatan secara adil dan berkecuali tanpa mengira kedudukan
orang dalam negara yang perlu disiasat?
Hakikatnya
semakin jelas yang semakin ramai rakyat Malaysia yang hilang keyakinan
kepada institusi kerajaan yang sepatutnya menjunjung undang-undang dan
keadilan di negara ini. Khairuddin, walaupun mengetahui risiko yang
dihadapinya, memutuskan yang satu-satunya cara untuk keadilan
ditegakkan ialah pergi mendapatkan bantuan pihak berkuasa Swiss.
Kerana
itulah Khairuddin kini sedang merengkok dalam penjara selaku pemberi
maklumat selama 28 hari menunggu siasatan di bawah akta keselamatan
yang baru- Akta Pencegahan Keselamatan (Tindakan Khas) 2012 atau Sosma.
Sosma, yang menggantikan Akta
Keselamatan Dalam Negeri, menafikan hak untuk keperluan mendapatkan
reman tangkap dari seorang hakim.
Sosma
membolehkan penangkapan dan penahanan mana-mana orang hanya
berdasarkan syak wasangka pegawai polis bahawa mereka terlibat dalam
kesalahan yang mengancam keselamatan- yang di definisikan sebagai satu
kesalahan di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan- yang mana
merupakan satu penghalang kepada pemberi maklumat untuk bertindak dan
satu lagi undang-undang menekan di negara ini.
Tetapi
mengapa menahan Khairuddin kerana memilih kepada siapa dia mahu
mendedahkan maklumat yang dia ada, jelas sekali kerana dia tahu bahawa
hanya sia-sia untuk mengharapkan pihak berkuasa dalam negara untuk
melakukan siasatan dan pertanyaan yang terbuka dan telus.
Kerana
inilah institusi perundangan Malaysia sedang berhadapan dengan krisis
kewibawaan yang sangat teruk dan lebih ramai rakyat Malaysia mula
menyuarkan ketidakpuasan hati mereka dan membawa salah laku dan rasuah
dalam negara kepada masyarakat antarabangsa dalam tindakan terdesak
untuk meminta pertolongan menegakkan keadilan di Malaysia.- See more
at: http://bm.theantdaily.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan