KUALA LUMPUR,  Keputusan kerajaan untuk menyerap masuk pegawai lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam secara merupakan satu langkah proaktif yang baik kata Ahli Parlimen PKR-Kuala Langat, Abdullah Sani.


Bagaimanapun, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu mencadangkan supaya tempoh tersebut dikurangkan lagi.

“Namun kalau tempoh 15 tahun itu dikurangkan kepada tujuh hingga 10 tahun memadai kerana kebanyakan mereka berada dalam paras pertengahan umur baru mereka masuk ke sektor perkhidmatan awam.

“Jadi cadangan 15 tahun itu terlampau panjang. Kalau ianya boleh dipendekkan, langkah yang cukup baik tetapi ini merupakan permulaan yang baik.

“Bagi pekerja kontrak, sekurang-kurangnya mereka ada masa depan dan harapan,” katanya kepada The Rakyat Post.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 mengumumkan akan melantik secara tetap pegawai lantikan ‘Contract of Service’ yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.
Jelas Najib, dengan pelantikan itu, ia akan memanfaatkan lebih 10,000 pegawai kontrak.

Selain itu, Najib juga mengumumkan kerajaan akan memberi faedah pemindahan gaji bersama satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan RM1.1 bilion ringgit.

“Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam.

“Menetapkan kadar pencen minimum sebanyak RM950 sebulan, yang akan melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan,” katanya.

Pelaksanaan kesemua langkah tersebut kata Najib akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.