NAWAR FIRDAWS
Azalina menyifatkan
tindakan pembangkang membawa sepanduk dan plakad pada pembentangan Bajet
2016 di Parlimen sebagai kebudak-budakan. Foto TRP/ SM Amin
KUALA LUMPUR, “Pembangkang kebudak-budakan.”
Itu kenyataan yang disuarakan oleh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berhubung
tindakan pembangkang yang membawa plakad yang mempersoalkan sumber wang
derma RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri.
“Ini dalah negara demkrasi, sekiranya mereka ada sebarang pandangan yang dibangkitkan ketika berdebat di Parlimen.
“Kemudian biarkan menteri dan timbalan
menteripertahankan kementerian masing-masing,” katany kepada pemberita
di Parlimen selepas pembentangan Bajet 2016, hari ini.
Ahli Parlimen pembangkang hari ini
bertindak membawa plakad yang bertulis, “Mana RM2.6 bilion” ketika akhir
ucapan pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak.
Mereka merujuk kepada wang derma
berjumlah ASD700 juta (RM2.6 bilion) yang disalurkan ke akaun peribadi
Najib yang menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ia
disumbangkan oleh penderma dari Timur Tengah.
Wang
itu kemudiannya didakwa derma yang diberikan untuk Pilihan Raya Umum ke
13, bagi membantu Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihanraya itu.
Bercakap mengenai bajet, Azalina berkata,
iua merupakan bajet untuk rakyat yang mana ia memenuhi kehendak rakyat
dari pelbagai lapisan.
“Ia merupakan bajet rakyat di mana saya
melihat banyak yang memberi penekanan kepada rakyat. Ia turut menekankan
kepada golongan muda yang merupakan golongan pertengahan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan