BERNAMA
Kadar tariff elektrik di Malaysia adalah antara yang termurah berbanding negara ASEAN lain seperti Singapura dan Filipina.
KUALA LUMPUR, Kadar tarif elektrik semasa dalam negara tidak akan dinaikkan sehingga tahun depan, kata badan kawal selia sektor tenaga negara, Suruhanjaya Tenaga.
“Kita akan kekalkan tariff sehingga tahun
depan, dan selepas itu mungkin akan menyemak semula kos penjanaan
sebenar, dan akan membuat cadangan tertentu kepada pihak kerajaan,” kata
pengerusinya Datuk Abdul Razak Abdul Majid kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas
menghadiri Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga dengan Tiga Rakan Dialog (SOME
+3) sempena Mesyuarat Menteri ASEAN Mengenai Tenaga dan Mesyuarat
Berkaitan kali ke-33 (AMEM ke-33) 2015 di sini hari ini.
Selain itu, beliau juga tidak
membayangkan perubahan dasar terhadap pengguna domestik, yang
menggunakan elektrik kurang daripada 300kw/jam.
Pada masa ini katanya kadar tariff
elektrik di Malaysia adalah antara yang termurah berbanding negara ASEAN
lain seperti Singapura dan Filipina.
Pada
11 Feb lepas, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr
Maximus Ongkili mengumumkan keputusan Kabinet untuk menurunkan tarif
elektrik sebanyak 2.25 sen setiap kilowatt/jam untuk pengguna di
Semenanjung Malaysia mulai 1 Mac hingga 30 Jun 2015.
Sementara itu ditanya mengenai
kebergantungan terhadap penggunaan bahan api seperti arang batu, minyak,
gas asli dan hidro pada masa depan, Abdul Razak berkata negara masih
perlu mengimbangi gabungan semua komponen tersebut memandangkan
penggunaan tenaga boleh baharu hanya dijangka mencapai lima peratus
menjelang 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan