HALAMAN SANTAI

Rabu, 6 April 2016

ANTARA PROTON DAN 1MDB

shahbudindtcom


Dalam tulisan di blognya untuk menghuraikan sebab-sebab beliau berundur sebagai Pengerusi Proton, Tun Mahathir Mohamad turut mengambil kesempatan menjawab tuduhan pengkritik sebelum ini yang seolah-olah mengatakan syarikat kereta nasional itu hanya tahu meminta bantuan untuk memberinya nafas kehidupan dan tidak menyumbang apa-apa kepada kerajaan.

Beliau lantas menyenaraikan pemberian kerajaan kepada Proton iaitu:-

- RM1,320 juta dalam bentuk insentif cukai yang juga layak diterima oleh kereta lain.

- RM773.8 juta dalam bentuk geran penyelidikan dan pembangunan, geran khas, pakej rangsangan yang turut dinikmati oleh pengeluar automitif lain.

- RM12,532.6 juta insentif khusus yang turut dinikmati oleh pemain industri automotif

- secara keseluruhannya bermula 1985 sehingga kini, sumbangan kerajaan kepada Proton ialah RM14,631.4 juta.

Sumbangan Proton kepada kerajaan yang disenaraikan oleh Tun Mahathitr pula:-

- duti eksais sejak 1985 hingga sekarang berjumlah RM11,785 juta.

- cukai jualan sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM9,470 juta.

- cukai korporat sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM1,410 juta.

- duti import sejak 1985 hingga 2008 ialah RM1,403 juta.

- cukai GST sejak 1 April 2015 sebanyak RM28 juta.

- secara keseluruhannya sumbangan Proton kepada kerajaan sejak 1985 hingga sekarang ialah RM24,095 juta.

Selain itu, menurut Tun Mahathir, suntikan dana sebanyak RM400 juta oleh kerajaan kepada Proton juga sudah pun dibayar serta dalam masa yang sama telah membiayai sepenuhnya kilang di Tanjung Malim bernilai RM1,800 juta dengan menggunakan tabungannya sendiri.

Sebagai tambahan, kata Tun Mahathir lagi, Proton juga telah menyediakan 12,000 peluang pekerjaan secara langsung dan 250,000 secara tidak langsung kepada rakyat.

Kepada pengkritik Proton dan pemuja 1MDB, cuba bandingkan antara kedua-duanya?

Berapakah  sumbangan 1MDB kepada kerajaan sejak ia ditubuhkan, meskipun kerajaan menyediakan modal awal sebanyak RM1 juta dan menyerahkan tanah TRX dan Bandar Malaysia dengan harga paling murah kepadanya?

Apa jadi kepada tanah-tanah itu sekarang?

Berapa sumbangan cukai dan jumlah pekerja yang telah mendapat nikmat daripada 1MDB?

Siapa yang kaya kerana Proton dan siapa pula yang mendapat laba daripada 1MDB?

Jika ada perbandingan lain selain "antara langit dengan bumi", apa agaknya yang sesuai untuk membezakan Proton dengan 1MDB? 

Kalau ada rakyat Malaysia ingin berbangga kerana 1MDB hanyalah barangkali popularitinya telah "melonjakkan" nama Malaysia dan Najib menjadi semakin "fofular"  di seluruh dunia.


Tiada ulasan: