sakmongkol.
Saya ada ketika
Dr Mahathir, umur 91 tahun, berucap diatas lori dalam kawasan Dataran Merdeka. Orang
ramai berhimpun untuk membantah GST dan mendesak Najib undur. Himpunan kali ini
tidak seramai himpunan Bersih. Suhu yang terlalu panas dan isiu yang teknikal,
mungkin menyebabkan himpunan tidak sehebat himpunan Bersih.
Orang ramai lebih menyukai isiu yang lebih besar atau the big picture perspective; yakni segala musibah yang melanda negara hari ini disebabkan oleh Najib Tun Razak. Oleh yang demikian, prioriti rakyat ialah melihat Najib di keluarkan dan diganti oleh sebuah kerajaan yang mengujudkan persekitaran dan iklim sosial yang lebih baik.
Orang ramai lebih menyukai isiu yang lebih besar atau the big picture perspective; yakni segala musibah yang melanda negara hari ini disebabkan oleh Najib Tun Razak. Oleh yang demikian, prioriti rakyat ialah melihat Najib di keluarkan dan diganti oleh sebuah kerajaan yang mengujudkan persekitaran dan iklim sosial yang lebih baik.
Orang yang
menyebabkan keadaan negara kita seperti sekarang ini ialah Najib Tun
Razak. Dan ketika Dr Mahathir berucap, saya tidak dapat elak dari
memikirkan bahawa ini juga silap Dr Mahathir.
kesilapan Dr Mahathir
ialah dia sangka kerana Najib datang dari keluarga bangsawan, secara semulajadi tentulah mampu
melakukan perkara murni. Ini kesilapan tipikal orang Melayu- percaya dan memikir hanya orang
bangsawan sahaja yang ada monopoli keatas nilai2 dan perlakuan murni.
Sedikit sebanyak
pemuliaan orang bangsawan ini ialah pecahan dari kepercayaan bahawa
pemerintah
itu bayangan Allah dimuka bumi. Oleh yang demikian, pemerintah tidak
boleh
melakukan kemungkaran. Walaupun zalim, rakyat harus bersabar.Sangat
mendukacitakan, inilah sikap beberapa pemimpin PAS yang saya kenal.
Berapa kali kita
sudah dengar para juak UMNO menyamakan Najib sebagai personifikasi Islam
dan
tentangan terhadapnya berdosa dan murtad? Ismail Sabri umpamanya,
menyamakan taraf Najib setahap dengan Nabi Muhammad saw. Ungkapan Najib
ibarat sabda Nabi. Dalam PAU tahun lalu, ada seorang sarjana yang
mengeluarkan kenyataan bahawa setiap butir beras yang kita makan, adalah
kerana UMNO. Orang UMNO sanggup bersyirik untuk kekal kuasa.
Demikian juga, dalam masyarakat barat, bertaat kepada pemerintah yang walaupun zalim, adalah wajib kerana orang bangsawan yang memerintah itu adalah jelmaan tuhan2 dan dewa. Dalam pemikiran politik barat( suatu ketika) mereka yang menyokong keberadaan pemerintahan yang keras dan zalim mendapat inspirasi dari penulisan Hegel; dia berhujjah bahawa pemimpin ialah hasil deification- jelmaan tuhan dan dewa. Maka pemimpin itu mempunyai ciri2 ketuhanan.
Hasil dari kepercayaan ini ialah pemerintah tidak mendengar rintihan rakyat, mereka hanya tuntut taat setia mutlak.Najib tidak dengar rintihan rakyat, dia hanya menuntut kesetiaan dan kepercayaan rakyat. Dan dia sanggup membeli kesetiaan.
Demikian juga, dalam masyarakat barat, bertaat kepada pemerintah yang walaupun zalim, adalah wajib kerana orang bangsawan yang memerintah itu adalah jelmaan tuhan2 dan dewa. Dalam pemikiran politik barat( suatu ketika) mereka yang menyokong keberadaan pemerintahan yang keras dan zalim mendapat inspirasi dari penulisan Hegel; dia berhujjah bahawa pemimpin ialah hasil deification- jelmaan tuhan dan dewa. Maka pemimpin itu mempunyai ciri2 ketuhanan.
Hasil dari kepercayaan ini ialah pemerintah tidak mendengar rintihan rakyat, mereka hanya tuntut taat setia mutlak.Najib tidak dengar rintihan rakyat, dia hanya menuntut kesetiaan dan kepercayaan rakyat. Dan dia sanggup membeli kesetiaan.
Berapa kali kita
dengar Najib mengaitkan dirinya dengan tetesan darah pahlawan Bugis
seolah olah
baka Najib adalah baka yang secara semula jadi, berhak memimpin
Malaysia? Najib sudah tidak lagi mampu mempertahankan dirinya atas
pencapaian dan rekod nya; dia sudah sampai tahap mengungkit baka dan
keturunan.
Its game over untuk Najib kalau deimikian defence nya.
Its game over untuk Najib kalau deimikian defence nya.
Kita orang
Melayu mesti berhenti dari mempercayai cerita dongeng dan karut ini.
Dr Mahathir
antara sebab Najib ada di tampuk kuasa. Dia menyokong Najib untuk ganti
Pak
lah, serigala yang berwajah kebiri. Rupa2 nya, tindakan Dr Mahathir
ialah
seperti membawa harimau menghalau serigala. Harimau akhir nya mengambil
alih kuasa dan menganiayai rakyat. Sang harimau membaham semua harta
negara.
Sekarang kita
berada dalam keadaan duka dan sengsara. Dan Dr Mahathir pada umur 91
tahun,
mahu membetulkan penyesalan nya. Kita tidak ada pilihan mesti menyokong
nya. Bukan untuk Mahathir menebus kesalahan, tapi Malaysia mesti
diselamatkan dari Najib.
Kita sekarang
tumpukan perhatian kepada Najib Tun Razak- the embezzler–in-chief.
Saya suka
deskripsi dalam tulisan Jebat
Must Die.
It is funny to see exasperation coming from
people who desperately try to defend the indefensible. By now, we all know
Najib Razak is a morally decadent, globetrotting brat; a greedy merchant of the
opulent life and a flagrant seller of the nation’s coffer.
Ini deskripsi
yang sangat tepat. Sekarang orang sedar bahawa Najib seorang yang morally
decadent. Decadent ini bermaksud ; dissolute,
dissipated, degenerate, corrupt, depraved, sinful, unprincipled, immoral;
Najib telah
hilang pedoman antara salah dan benar, antara bathil dan sah. Orang yang
berfikiran begini memerintah negara ikut suka hati nya. Harta rakyat menjadi
harta dia. Kuasa rakyat dia cabul.
Kepercayaan rakyat kepada nya menyusut. Tapi orang seperti Najib tidak peduli
itu semua. Selagi dia control apparatus kerajaan, dia ingat dia kebal.
Sebab dia ingat
dia ada kuasa dan menguasai pula institusi yang menyokong dia berkuasa, maka dia
hanya perlu berdiam diri. Jentera kerajaan yang ada dalam tangan nya, mengugut
dan mengancam rakyat; undang2 yang ada
digunakan untuk menakutkan rakyat, mereka yang bersemangat lemah di suap dengan
bantuan dan wang.
Inilah Najib
yang kita kenali sekarang. Najib yang berbohong sehingga tidak ada lagi orang
yang boleh dibohongi. Najib yang menggunakan isiu2 lain untuk mengalihkan
tumpuan rakyat. Isiu seperti pembelian rumah Lim Guan Eng. Jika ada substance
bawa lah ke mahkamah. Lim Guan Eng
bersedia untuk diadili. Tapi Najib menggunakan 1001 helah untuk tidak di
adili.Malah Najib menyekat keadilan.
Pemimpin yang tidak
bermoral, suka berfoya foya dan berseronok seronok atau seperti kata Zaaba-mengasyikkan
diri dengan memuaskan nafsu syahwat dan kebinatangan, hilang kualiti moral,
dan sedia melakukan pembohongan untuk mendapatkan wang dan imbuhan peribadi.
Dia menggunakan wang yang banyak untuk membeli belah. Dia terbang kesana sini
bergentayangan dengan jet milik kerajaan yang berjumlah 8 semua nya. Dia seorang
yang berpegang kepada prinsip cash is king atau wang itu raja. Wang boleh beli
kesetian dan perasaan kasih rakyat.
Antara yang
paling mudah di beli ialah orang Melayu.
Orang Melayu
yang bermaruah tidak dapat memerima kualiti ini dalam pemimpin mereka kecuali
mereka sudah hilang pedoman mengenai nilai2 murni.
Sudah tentu, keadaan
demikian lebih mendukacitakan kerana Melayu melaungkan mereka Islam; setiap
pagi mengistiharkan bahawa sibghah Allah itu yang terbaik. Celupan Allah
yakni nilai2 Islam mewarnai kehidupan mereka- tapi bila tiba kepada Najib
melakukan maksiat dan kejahatan , pencurian, songlap wang, orang Melayu sanggup
mensahihkan perbuatan Najib?
Jadi kemana
nilai2 ini dibuang oleh orang Melayu? Saya harap yang melakukan ini
hanya Melayu
UMNO yang 3 juta itu. Jika baki 15 juta Melayu lagi enggan melanggani
idea dan nilai Melayu UMNO, Malaysia masih boleh diselamatkan.
Dan ahli UMNO hanya 1 dari 6 orang Melayu yang bererti
tanpa 1 Melayu UMNO, 5 Melayu lain boleh terus hidup. Kita tidak perlukan UMNO.
Kita perlukan kerajaan yang memerintah secara berundang undang.
Saya telah cakap
mengenai peribadi Najib sejak 3 tahun dulu lagi. Saya pun malas hendak
mencungkil artikel saya yang terdahulu. Tapi ramai orang tuduh, saya hentam
Najib kerna tidak dipilih sebagi calun dan tidak dapat projek. Fikiran dangkal
seperti ini kadang2 perlu dijawab kembali- sebab jawapan dahulu tidak dibaca oleh
pembaca mutakhir.
Tidak ada orang
melayari hidup dengan dendam. Frustration saya kerana tidak dipilih,
hanya mungkin
berhayat tidak sampai setahun pun. Selepas satu tahun, yang sustain
kritikan saya keatas Najib ialah kesangsian dan keraguan saya kepada
Najib sebagai pemimpn, kejujuran nya, pemikiran
nya, dan character flaw nya. bagaimana seorang yang morally decadent
boleh memimpin negara ini? Bagaimana seorang yang hipokrit seperti Najib
boleh pimpin negara ini?
Dia saudagar yang membeli kehidupan berfoya foya yang dibiayai
dengan wang rakyat. Orang Pahang kata- bukan duit bapak aok.
Kedua- mengenai
projek2- memang tabiat orang melayu suka menjaja fitnah. Kalau saya
hendakkan projek, lebih elok saya duduk dalam kem Najib dan menggunakan kapasiti
penulisan untuk bodek Najib dan Rosmah- mereka suka pembodekan. Seterusnya, kalau
ada tuduhan mengenai saya dapat ini dan itu, ianya senang sahaja untuk
di verify- dapatkan bukti dari institusi yang memberi nya. Seperti berapa lombong
besi, timah, bauxite, emas yang diberi kepada saya. Kalau balak- keluarkan maklumat
dari pejabat hutan atau mana2 institusi. Habis cerita.
Fakta nya, semua
itu hanya fitnah. Sebab tabiat orang Melayu UMNO, seperti yang saya kata dulu2-
apa yang sepatutnya keluar dari lubang bawah, dikeluarkan melalui lubang atas.
Itulah juga apa
yang dikeluarkan oleh juak2 UMNO hari ini. Tidak ada transformasi minda berlaku
pada Melayu UMNO. Emas berlian Rosmah tidak sampai kesiku. Biasalah, orang
jantan suka membeli barang kemas untuk isteri dan girlfriend. Saya dengar ramai
juga hendak tahu, banyak tak hadiah dan barang kemas diperolehi oleh Kartina
Aziz dari seorang pembodek Najib.
Najib boleh lari
ke 4 penjuru dunia, tapi dia tidak dapat lari dari kebenaran. Australian Broadcasting
Corporation ( ABC) menyiarkan lorong2 tikus pengaliran wang kedalam akaun
peribadi Najib.
Ini pun sudah jadi kesalahan. Kita ada
PM yang menggunakan
jawatan public nya untuk mendapatkan untung dan wang. Surat2 yang konon
nya
datang dari putera Arab kemungkinan besar adalah palsu . bagaimana
mungkin isi surat seolah olah anticipate orang akan kata derma itu
rasuah? Surat2 tersebut hanya
untuk mengaburi mata rakyat. Kalau ada surat seperti ini mengapa tidak
disiarkan awal2 lagi.
Kita tahu
respons Najib- seperti biasa dia akan buat tidak tahu. Tidak mengapa. Budak2
suruhan nya akan berpentesan kaki ‘menerangkan’ keadaan’. Seperti biasa,
penerangan mereka menyebabkan kecelaruan yang lebih banyak. Mereka berbohong
untuk menutup bohong yang lagi satu.
Ketika selesai
deklarasi rakyat pada 4 mac lalu, ada sekumpulan pemberita bertanya- mengapa
mahu singkirkan Najib? Apa yang dia buat.
Saya selalu
bertanya- pemberita kita ini datang dari planet marikh kah? Atau mereka ini
budak upahan dan hingusan dan pelajar tercicir yang memilih kewartawanan sebagai
career?
Yang buta pun
dapat lihat. Yang pekak pun dapat dengar apa yang Najib telah lakukan. Dia
bukan pemimpin yang jujur dan amanah yang menyalurkan berbiliun Ringgit dalam
akaun peribadi nya. Tidaklah semudah seperti bercakap saya tidak pakai untuk
tujuan peribadi. Wang RM4 billion yang masuk dalam akaun nya, mesti sedia di
oditkan untuk membersihkan nya.
Najib berbohong kepada
ramai orang dan kini, tiada siapa lagi yang tinggal untuk dibohongi nya. Kecuali
tukang ampu dan yang seminda dengan nya- yakni yang merompak dan menyamun dan
yang merasakan bahawa, Melayu mereka itu, suatu hak untuk menyamun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan