Oleh Mohd Sayuti Omar
Polis ada hak mengikut kuasa dan undang-undang yang ada kepadanya untuk menangkap dan menyiasat Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli. Rafizi sendiri juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
Sebelum ini berbagai tindakan dikenakan ke atasnya, termasuk laporan polis ekoran keberanian dan kelantangan membongkar penyelewengan demi penyelewengan membabitkan pemimpin kerajaan.
Sebelum ini pun beliau sudah beberapa kali "dijemput" polis.
Namun
beliau tetap dengan tugas dan tanggungjawabnya. Rafizi tidak sedikit
pun terkesan dengan apa yang yang diterimanya. Beliau seolah seronok
bermain dengan ombak perjuangan. Rafizi adalah penjelmaan Hang Nadim
moden yang perlu dibanggakan.
Bahkan pernah
dalam satu percakapan dengannya, beliau membayangkan ada usaha untuk
memenjarakannya dan melucutkan kedudukan sebagai ahli parlimen.
Petang
ini, sebaik keluar dari Parlimen, Rafizi ditangkap dibawah Akta Rahsia
Rasmi (OSA) kerana dikatakan mendedahkan dokumen yang diklasifikasi di
bawah Akta Rahsia Rasmi. Apakah penahanan Rafizi hari ini sebagai
pemulaan untuk menyekat dan menghentikan kelantangan ahli parlimen
berkenaan? Atau pun memberi isyarat kepada pemuka-pemuka lain agar
berwaspada?
Saya rasa tidak. Sebagai anak muda
berjiwa Jebat yang telah mempersiapkan dirinya untuk menjadi pejuang
rakyat, beliau sudah bersedia segala-gala baik dari segi mental dan
fizikal. Sebelum mencecah kaki ke air dia sudah tentu menyukat dalam
atau tohor lautan yang bakal diharunginya.
Rafizi
bukan seperti sesetengah lelaki lain yang rapuh dan teruja dengan upah.
Dia pun boleh mencari senang kalau dia mahu dengan menghentikan segala
kritikan dan pendedahannya yang menyakitkan hati Najib Razak dan Rosmah.
Kalau
dia bersedia berbuat begitu tentu dia akan diraikan. Tetapi tidak
begitu dengan Rafizi. Semangat dan kecekalan yang ada kepada pemimpin
ulungnya yang juga mentornya, Anwar Ibrahim mungkin menjadi azimat
kepadanya.
Keberanian, ketegasan dan keulitan Anwar telah memasuk ke dalam dirinya. Rafizi adalah juga bayangan Anwar.
Tahan
dan siasatlah Rafizi. Cuma apa yang diharapkan semoga pihak berkuasa
berlaku adil terhadapnya. Jangan pula sejarah akan mencatat sesuatu yang
kotor kerana ia mencemarkan nama baik negara dan pemimpin pada periode
ini.
Kita tidak mahu peristiwa malang dan sedih
yang pernah menimpa bekas TPM Anwar Ibrahim pada tahun 1997 dahulu akan
berulang kembali. Anwar yang tangannya bergari ditumbuk sehingga lebam
biji mata. Masihkah kita ingat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan