(Agenda Daily) – Keputusan PKR meletakkan
empat calon bertanding di kerusi yang turut ditanding PAS dijangka
menjadi penamat kepada kerjasama PAS dengan PKR yang masih bertahan
selepas Pakatan Rakyat terkubur tahun lalu.
PAS sebelum ini sudah menyatakan bahawa
parti itu bersikap tunggu dan lihat sambil berharap PKR tidak
mengkhianati kerjasama kedua-dua parti atau berdepan perpecahan jika
bertanding di kerusi yang dipilih PAS.
pas pkr bercerai di prn
sarawakBagaimanapun, dengan tindakan itu, kerjasama PAS dan PKR
khususnya di Sel;angor dijangka turut berkubur malah kedua-dua parti
bakal bermusuhan pada PRN Sarawak kali ini.
Jelas PKR mengkhianati PAS apabila
mencalonkan Abdul Jalil Bujang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Jepak, Joshua Jabing (DUN Kakus), Morni Samsudin (DUN Pantai Damai) dan
Mohdak Ismail di DUN Lambir pada Pilihan Raya Negeri (PRN)Sarawak ke
11, pada 7 Mei ini.
PKR membuat kejutan itu apabila senarai
35 calon parti itu yang diumum Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian pada
Jumaat turut menamakan empat wakil mereka yang akan menentang PAS.
PAS sebelum itu sudah mengumumkan Kiprawi
Aman akan bertanding di DUN Jepak, Clement Bayang (DUN Kakus) dan
Zainal Abidin Bin Yet (DUN Pantai Damai) dan Mohammad Arifiriazul Paijo
di DUN Lambir.
Pada pilihan raya kali ini, PAS bertanding 11 kerusi – berbanding 5 pada PRN ke 10 pada 2011.
Selain kejutan oleh PKR yang diibarat
tikam belakang, parti serpihan PAS, AMANAH turut menamakan 5 calon
bertanding menentang calon PAS manakala DAP pula meletakkan dua calon
mereka.
PKR, DAP dan AMANAH sudah membentuk Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat terkubur dengan mengenepikan PAS.
AMANAH menamakan Andri Zulkarnaen Hamden
di DUN Beting Maro (PAS – Hamidah Mokhtar), Andrew Jain di DUN Sebuyau
(PAS – Wan Abdillah Wan Ahmad), Othman Mustapha di DUN Sadong Jaya
(PAS-Asan Singkro), Abang Abdul Halil Naili di DUN Muara Tuang
(PAS-Zulkifli Ramli) dan Nani Sahari di DUN Samariang (PAS – Yusof
Assidiqqi Ahmad Sharkawi).
Manakala DAP pula meletakkan Dr Ting
Tiong Choon di DUN Pujut (PAS – Jofri Jaraiee) dan Baba Emperan di DUN
Samalaju (PAS – Zharudin Narudin)
Ini sekaligus bakal menyaksikan
pertandingan tiga penjuru atau lebih di kerusi berkenaan mengambil kira
calon Barisan Nasional yang turut bertanding.
Tidak mustahil jumlah bertambah sekiranya
ada calon Bebas yang berminat bertanding di DUN berkenaan memandangkan
kerap muncul calon-calon Bebas pada PRN Sarawak.
Apapun jelas, PAS kini terpaksa berdepan
dengan PKR dan DAP yang pernah menjadi sekutu di dalam Pakatan Rakyat
serta bekas pemimpin parti itu yang menyertai AMANAH.
Namun, sekurang-kurangnya PRN Sarawak
kali ini membuka mata PAS lebih besar untuk pemimpin parti itu sedar
bahawa dalam politik adalah tidak mustahil kawan akan jadi musuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan