Selepas bersalin tentunya si ibu bimbang
akan bentuk tubuh badannya yang banyak berubah ketika hamil. Kalau dulu
bentuk badannya kurus cantik, sekarang dah berubah jadi badan berisi.
Mana tak nya, Sembilan bulan berat badan kita bertambah sewaktu hamil.
Tapi bila dah bersalin, bentuk badan kita tak mungkin akan jadi kembali
kurus sama seperti sebelum kita hamil. rahsia cepat kurus selepas
bersalin, cara nak kurus cepat, kurus cara sihat, tips cepat kurus.
Yang
paling ketara, selepas bersalin pasti perut akan jadi menggeleber dan
kendur sebab otot kita menjadi lemah di bahagian abdomen. Jadi, bukanlah
mudah untuk kita kembali ramping seperti sebelum mengandung kan.
Tetapi, jangan putus asa, amalkan tips kurus berikut bagi memastikan
impian kita untuk kembali kelihatan kurus dan langsing seperti dahulu
menjadi kenyataan. Bila dah kurus, badan pun sihat, dan yang penting
suami pun sayang lebih.
Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin :
Rahsia 1: Santai
Untuk kembali kurus dan tampak langsing
memang memerlukan waktu. Walaupun nampak mudah, tapi ianya bukanlah
sesuatu yang kita boleh dapatkan dalam waktu yang singkat. Tubuh kita
telah melalui perubahan besar ketika hamil selama 9 bulan. Jadi,
janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam
tempoh yang singkat.
Rahsia 2: Susukan anak
Ini adalah bonus buat ibu menyusu. Bukan
sahaja dapat memberi anak susu yang berkhasiat, malah dalam masa yang
sama boleh kurus jugak. Seorang ibu yang menyusukan bayinya dapat
menghilangkan lebih banyak berat badan dengan kadar yang cepat
berbanding dengan ibu yang tidak menyusukan anaknya. Ini kerana, ibu
menyusu akan membakar lebih 500 kalori setiap hari.
Rahsia 3: Banyakkan pengambilan protein
Gantikan daging berlemak dengan ayam
atau ikan. Ikan salmon contohnya kaya dengan sumber Omega 3 telah
terbukti dapat membantu menurunkan berat badan.
Rahsia 4: Banyakkan bergerak
Pastikan kita banyak bergerak selepas
habis berpantang. Contohnya, berjalan-jalan sedikit sambil mandukung
anak diluar kawasan rumah. Lakukan selama lebih kurang 30 minit dan
amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini dapat membakar kalori
badan kita dan membuatkan kita berpeluh.
Rahsia 5: Makan sedikit
Hindari makan terlalu banyak dan menjaga
metabolisme badan dengan cara mengambil makanan dalam sajian yang kecil
tetapi kerap. Contohnya 5-6 kali sajian. Jangan tunggu lapar baru kita
nak makan, sebab nanti kita akan lagi cenderung untuk makan lebih
banyak.
Rahsia 6: Kudapan yang sihat
Elakkan daripada mengambil kudapan atau
makanan sampingan yang tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek,
aiskrim dan makanan manis. Boleh gantikan dengan buah-buahan atau salad.
Itu lebih berkhasiat.
Rahsia 7: Banyakkan serat
Pengambilan makanan yang kaya dengan
serat boleh membuatkan kita kenyang dalam kadar yang lama. Makanlah
makanan yang berserat larut seperti bijirin, buah-buahan segar dan
sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.
Rahsia 8: Banyakkan pengambilan air
Air berfungsi sama seperti minyak yang
dapat melancarkan fungsi organ badan di dalam tubuh. Pastikan tubuh
sentiasa dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk
menurunkan berat badan, membantu pencernaan, dan mengurangkan nafsu
makan.
Bukanlah mudah untuk kita kembali kurus
dan langsing selepas bersalin dalam masa yang singkat. Tetapi dengan
mengamalkan rahsia-rahsia ini, kita boleh kembali kurus semula.
Sebenarnya nak kurus nie kena ada keazaman yang tinggi dan konsisten.
Kalau tak konsisten memang susah untuk turun ke berat badan yang
diidamkan. Jangan sampai suami kita dah tak suka tengok kita sebab badan
berisi, baru kita nak terhegeh-hegeh nak kurus. Bukan kurus yang dapat,
tapi makin gemuk sebab asyik stress badan tak kurus-kurus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan