Esok, Sabtu
19 November akan berlangsung perhimpunan aman Bersih 5 di sekitar
Dataran Merdeka. Sebagai rakyat yang bebas dan merdeka, adalah hak
setiap kita untuk bersuara, malah Suhakam atau Suruhanjaya Hak Asasi
Malaysia sendiri turut mengesahkan perkara yang menjadi milik rakyat
itu, termasuk bagi penjawat awam, pelajar universiti dan juga ahli
akademik.
Menurut
Pengerusi Suhakam, Razali Ismail, adalah menjadi perlanggaran terhadap
Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan untuk
berhimpun secara aman itu disekat.
Tetapi,
dalam kita berhimpun dan menyuarakan bantahan bersama-sama Bersih 5,
isu dan ganasnya 1MDB selama ini jangan sesekali kita lupakan. Terbaru,
beberapa Ahli Parlimen yang bersuara mengenainya sudah disiasat dan
mungkin akan didakwa, manakala Rafizi Ramli yang lantang bersuara sudah
pun dihukum penjara.
Jika
kita imbau pelbagai kepelikan yang telah berlaku dalam negara sejak
timbulnya isu 1MDB ini, ia seharusnya lebih merangsang lagi untuk kita
turun beramai-ramai pada esok hari. 1MDB adalah "bala" dan "kecelakaan"
yang membebankan rakyat dan negara.
Untuk itu, mari kita teliti apa kata Mahfuz Omar mengenainya:-
LAPORAN AUDIT 1MDB DIRAHSIA: RAFIZI DIPENJARA, RIZA AZIZ DAN JHO LOW BEBAS MERATA.
1.
Isu skandal 1MDB terus menimbulkan persoalan panas masyarakat Malaysia
dan antarabangsa.Isu ini terus menjadi hangat apabila Mahkamah Sesyen
Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Ahli
Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana didapati bersalah memiliki dan
mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lalu dibawah akta rahsia
rasmi (OSA).
Rafizi Ramli yang juga Setiausaha
Agung PKR dikenakan sabitan jenayah dan hukuman penjara hanya kerana
berani mendedahkan penyelewengan dana kerajaan sebaliknya mereka yang
terlibat seperti Riza Aziz dan Jho Low dalam salah laku 1MDB membabitkan
wang rakyat terus 'bebas merata'.
2. Kenapa
kerajaan pada peringkat awal isu 1MDB didedahkan, PM Najib menafikan
wujudnya penyelewengan tetapi apabila didesak, kerajaan memberi jaminan
tidak akan menyembunyikan Skandal Negara sebagaimana yang PM Najib kata
'Nothing To Hide', tiada apa yang mahu disembunyikan serta PM Najib
mengarahkan suatu 'Audit Khas' dijalankan oleh Ketua Audit negara dengan
meminta semua pihak bersabar menunggu laporan audit selesai.
"Bukannya
untuk menghukum mereka yang terlibat dalam skandal kleptokrasi itu,
tetapi menghukum individu yang berani menegakkan kebenaran berkaitan
1MDB".
3. Kini bila laporan audit dah selesai
diaudit dan siap untuk menjadi tetapan umum malangnya PM Najib dengan
tiba tiba mengklasifikasikan laporan tersebut sebagai rahsia rasmi
dibawah Akta Rahsia Rasmi.
Persoalannya apa
'motif' PM Najib mengarahkan siasatan audit dilakukan jika untuk
dirahsiakan.Untuk apa audit dilakukan keatas 1MDB kalau tak boleh
dimiliki dan diketahui rakyat Malaysia.
Lebih baik dari awal tidak di audit dan apakah perkara yang nak dirahsiakan dari pengetahuan umum?
4.
Jika PM Najib yakin yang laporan tersebut tiada unsur rasuah dan
penyelewengan mencuri wang 1MDB yang membabbitkan dirinya sendiri apa
keperluan untuk dirahsiakan?. Kenapa perlu takut untuk dedahkan kepada
umum?
"Saya cabar PM Najib menjadikan dokumen laporan audit 1MDB dibuka untuk tetapan umum.
5.
Tindakan meletakan laporan audit 1MDB tersebut sebagai rahsia dibawah
Akta Rahsia Rasmi (OSA) membangkitkan keyakinan masyarakat bahawa adanya
unsur rasuah,penyelewengan dan perbuatan mencuri wang 1MDB yang
dilakukan oleh satu 'pakatan jahat' negara dibawah kepimpinan Najib.
"Jika laporan tersebut tidak menjadi dokumen rahsia sudah tentu Rafizi Ramli tidak dijatuhkan hukuman penjara".
Merahsiakan
laporan audit 1MDB dan memenjarakan Rafizi Ramli tidak lain daripada
untuk menyelamat dan melindungi pencuri wang 1MDB.
Oh Tanahair Ku..Malaysia!
"Penyelamat Di Penjara Pencuri Dibela"
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan