SHAH ALAM: Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos mengucapkan
tahniah kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali kerana
berjaya menjadikan anak muda dalam PKR sebagai 'jutawan luar biasa'.
Bagaimanapun Jamal mengesa Azmin agar tidak hanya mengkayakan kroni dan
rakan politiknya sahaja tetapi perlu melibatkan rakyat negeri itu juga.
"Tahniah pada Menteri Besar Selangor kerana berjaya menjadikan Ketua
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bertaraf jutawan yang luar biasa.
Syabas dan tahniah (Datuk Seri) Azmin Ali.
"Saya mohon dan minta pertimbangan daripada YAB Menteri Besar Selangor
supaya kongsi-kongsilah kekayaan itu kepada seluruh rakyat negeri
Selangor. Jangan hanya kongsi pada kroni-kroni atau rakan politik dia
sahaja," ujar Jamal.
Jamal sebelum ini mendedahkan kekayaan luar biasa Ketua Angkatan Muda
keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly yang baru sahaja berusia 28
tahun namun bergaya hidup mewah.
Adam didedah memiliki sebuah mahligai yang dianggarkan bernilai lebih RM7 juta dengan lima buah kereta mewah.
Adam ketika mengulas pendedahan kekayaan luar biasanya itu berkata, anak muda kaya pada hari ini adalah perkara biasa.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mencadangkan agar Adam mengisytiharkan hartanya agar isu itu akan segera ditamatkan.
Namun idea Rafizi itu ditolak Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin
dengan alasan Adam bukan penjawat awam, justeru tiada keperluan anak
muda itu berbuat demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan