SABAK BERNAM: Berang dengan sikap pilih bulu Majlis Daerah Sabak Bernam
(MDSB) dalam menjalankan tugas penguatkuasaan, pemilik Sekin Fisherman
Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md. Yunos menyerbu sebuah
premis di Sekinchan di sini yang dipercayai menjalankan aktiviti
perjudian haram, kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Jamal mendakwa, premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah namun masih tetap dibenarkan beroperasi sehingga hari ini.
Beliau mempersoalkan pendirian MDSB kerana gagal mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap premis berkenaan.
Jamal turut mendakwa terdapat sembilan premis judi haram di daerah ini, lima di Sekinchan manakala empat di Sungai Besar.
'Serbuan' itu sebagai tindak balas ekoran MDSB merobohkan resort
miliknya, petang semalam. Menurut notis, perobohan oleh MDSB dilakukan
kerana pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resortmenjalankan
aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan