Bernama
KUALA LUMPUR – Kerajaan terpaksa membelanjakan RM60 juta
dalam bentuk subsidi sekiranya caj perkhidmatan penumpang (PSC) bagi
penerbangan antarabangsa jarak jauh antara KLIA dan klia2 tidak
diselaraskan.
Sebaliknya, subsidi itu sepatutnya digunakan untuk perkara lain yang boleh memanfaatkan rakyat, kata Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Jen (B) Tan Sri Abdullah Ahmad), dalam satu temu bual.
Beliau berkata penumpang yang menggunakan lapangan terbang itu sepatutnya membayar caj yang tinggi dan bukan rakyat, yang ada di antaranya tidak memasuki pesawat atau menggunakan penerbangan.
“PSC kita adalah antara yang paling rendah di dunia,” katanya dalam satu kenyataan yang mengandungi petikan wawancara mengenai PSC.
Mulai 1 Jan tahun depan, kadar PSC bagi semua destinasi antarabangsa dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ialah sebanyak RM73. Pada masa ini, kadar PSC yang dikenakan bagi destinasi antarabangsa bukan ASEAN dari klia2 ialah RM50.- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan