Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Tidak kira berapa banyak kali Pakatan Harapan (PH) meminda
manifesto mereka, namun ia tetap tidak realistik untuk dilaksanakan,
kata Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.
Ujarnya, manifesto gagasan pembangkang itu hanya sekadar pembohongan
untuk mengaburi mata rakyat demi mencapai cita-cita menang Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Dia nak ubah sepuluh kali pun, ianya langsung tidak akan memberikan kesan.
"Saya ada melihat manifesto mereka (sebahagian), saya yakin manifesto
itu adalah satu pembohongan kepada rakyat. Mana rakyat yang percaya
dengan mereka akhirnya nanti rakyat yang akan menanggung.
"Mereka hanya mahu mencapai cita-cita mereka untuk menang pilihan raya.
Bagi mereka itu yang mustahak. Yang selebihnya nanti mereka akan
fikirkan kemudian," katanya kepada Antarapos, hari ini.
PH sedar ekonomi tak menentu
Jamal yang juga merupakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia berkata, PH
sering menjadikan isu ekonomi negara sebagai 'modal' untuk memikat
rakyat, tetapi ia gagal ekoran dipengaruhi keadaan ekonomi dunia.
"Apa pun yang mereka ingin pinda, manifesto itu tidak boleh
dilaksanakan. Di dalam keadaan ekonomi global hari ini, dalam keadaan
minyak, ekonomi jatuh, ekonomi dunia yang lembab.
"Ianya bukan sekadar ekonomi negara kita, (walaupun) ekonomi negara
kita ini pesat atau membangun ini (ia) bergantung pada ekonomi dunia.
Apa yang mereka janji hanyalah kekal janji seperti sebelum ini,"
tambahnya.
Beliau berkata demikian mengulas berkenaan pengumuman PH, bakal meminda
manifesto pilihan rayanya selepas akur terdapat beberapa perkara yang
tidak mampu mereka laksanakan jika berjaya membentuk kerajaan di
Putrajaya kelak.
Namun, gagasan yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak
memperincikan secara spesifik kandungan manifesto yang akan dipinda.
Mengulas lanjut, Jamal berkata berbanding dengan janji BN, manifesto PH
hanyalah sekadar janji manis yang terbukti belum ditunaikan sejak PRU12
dan PRU13 lepas.
"Manifesto itu hanyalah satu penipuan kepada rakyat, kepada
pengundi-pengundi. PH kalau kita lihat dari PRU12, PRU13 mana manifesto
yang mereka tunaikan? Hampir tidak ada yang mereka tunaikan kerana
mereka tahu takkan berjaya untuk merealisasikan janji mereka dalam
manifesto," tambahnya.
Antara aspek manifesto yang dikemuka PH adalah menjanjikan untuk
memansuhkan tol, dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), menyelesaikan
punca kenaikan kos sara hidup.
Selain itu, gagasan itu juga menjanjikan 1 juta peluang pekerjaan baru
untuk rakyat dengan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing secara
berperingkat, pendidikan percuma untuk semua dengan penghapusan pinjaman
pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan