KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Persekutuan Catur Malaysia memfailkan
saman fitnah terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atas dakwaan
mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, susulan larangan terhadap
seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang memakai skirt pendek ketika
meyertai satu pertandingan catur, tahun lalu.
Sophian A Yusuf, 44, yang merupakan plaintif memfailkan saman tersebut
di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Zuraida sebagai
defendan, lapor akhbar Sinar Harian.
Berdasarkan pernyataan tuntutannya, Sophian yang juga pengarah
Pertandingan Kejuaraan Catur Scholastic Kebangsaan 2017, yang disertai
kanak-kanak tersebut mendakwa Zuraida secara tidak bertanggungjawab
mengeluarkan kenyataan fitnah pada 29 April 2017 sehingga menjejaskan
reputasinya apabila ia disiarkan di portal berita dan akhbar harian.
Justeru beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi
teladan dan ganti rugi teruk, selain faedah dan kos serta relif lain
yang sesuai.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang melalui pernyataan pembelaannya
yang difailkan 18 Januari lalu berkata, kenyataan itu adalah keadaan
berkepentingan perlindungan bersyarat tanpa sebarang niat jahat.
Menurutnya, sebagai ahli politik, beliau sering memberikan kenyataan mengenai isu berkepentingan awam.
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan empat hari bermula 23 Julai untuk perbicaraan kes saman berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan