SHAH ALAM: Jenazah pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha dibawa ke
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk diurus dan
disembahyangkan dijangka selepas solat asar.
Jenazah dibawa menaiki van jenazah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
dan tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 3.20 petang dari
kediamannya di Kondominim Sri Permata, Seksyen 9, di sini.
Turut hadir ialah ahli-ahli keluarga serta kenalan Allahyarham.
Jenazah Allahyarham kemudiannya dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.
Allahyarham Azmil meninggal dunia jam 1 tengah hari tadi, akibat sakit jantung.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.
Menurut adik kepada Allahyarham, Aziq Mustapha, arwah difahamkan
meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan