DETIK DAILY
GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berharap Tun Dr
Mahathir Mohamad tidak akan bertanding di pulau itu sebagaimana
spekulasi sebelum ini, sambil berkata ia akan mengundang pelbagai
kata-kata yang “menyakitkan hati” terhadap bekas perdana menteri itu.
Nawawi yang mengakui sumbangan besar pengerusi PPBM itu, berkata dengan
tidak bertanding di Langkawi juga menepati status diri Dr Mahathir.
“Dengan penuh rasa hormat, saya berharap Dr Mahathir tidak akan
bertanding di Langkawi. Sebaik kempen pilihan raya bermula, mungkin ada
yang akan mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati kepadanya,” katanya
“Beliau sudah banyak meyumbang kepada Langkawi. Saya perakui perkara
itu. Jadi, kita tidak patut menyakiti perasaannya,” katanya ketika
dihubungi
Dr Mahathir, yang dicalonkan sebagai bakal perdana menteri oleh Pakatan
Harapan, sebelum ini menamakan Langkawi antara 3 kawasan Parlimen yang
mungkin ditandinginya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pada PRU lalu, Nawawi mengala hkan calon PKR dengan majoriti 11,861
undi.Bagaimanapun, tidak jelas sama ada beliau akan dicalonkan sekali
lagi. Nawawi yakin Barisan Nasional (BN) akan kekal kuat di Langkawi.
Menurutnya, gabungan itu mempunyai pangkalan ahli yang besar sebagai
pengundi Langkawi, mencecah 40% daripada jumlah keseluruhan.
Ini bermakna Umno dan BN hanya memerlukan 10% undian lagi untuk menjamin kemenangan.
Nawawi juga berkata kekalahan BN di Langkawi akan menjejaskan ekonomi pulau itu sebagai pusat pelancongan.
“Jika Langkawi jatuh ke tangan pembangkang, bajet untuk Langkawi akan menjadi sedikit.
“Langkawi harus kekal dengan BN, sama seperti Putrajaya, untuk ia terus
memperoleh bajet mencukupi untuk pembangunan pelancongan di pulau itu,”
katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan