DETIK DAILY
PETALING JAYA: Telok Kemang, kerusi Parlimen yang bersebelahan dengan
bandar peranginan Port Dickson di Negeri Sembilan, sememangnya bukan
lagi kawasan perkelahan bagi PKR, yang menang 2 pilihan raya umum
berturut-turut.
Ketua Umno di sini ialah Tan Sri Isa Samad, yang pengaruhnya di Negeri
Sembilan sudah lama bertapak, walaupun berdepan dengan pelbagai masalah
di peringkat persekutuan termasuk dalam isu Felda yang pernah
dipengerusikannya.
Di sini juga terletak kem tentera, yang sering menjadi perhatian parti
yang bertanding. Ini kerana, undi tentera dikatakan menjadi “deposit
tetap” kepada Barisan Nasional (BN).
Peluang menewaskan BN di Telok Kemang sangat cerah pada pilihan raya
umum 1999, beberapa bulan selepas meletus pergerakan reformasi. Namun,
ketika itu pun, bekas orang kuat Umno, Ruslan Kassim yang mewakili Parti
Keadilan Nasional gagal menewaskan calon BN.
Hanya pada 2008, BN akhirnya dapat ditewaskan, apabila Sothinathan Siena
Gounder dari MIC tewas kepada Datuk Kamarul Bahrin Abbas dengan
majoriti hampir 3,000 undi.
Kamarul sekali lagi menewaskan calon MIC pada pilihan raya 2013, walaupun dengan majoriti lebih rendah.
Tetapi kehadiran pengundi tentera masih menggusarkan PKR.
Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, pihaknya
menghadapi masalah kerana tidak dapat masuk berkempen kepada anggota
tentera.
Ini memaksa PKR menumpukan perhatian kepada pengundi “awam” lain.
“Jadi saya rasa pilihan raya kali ini kita bersedia lebih awal dan saya
rasa undi sokongan rakyat awam rasanya lebih meningkat,” katanya
Amiruddin berkata majoriti kemenangan yang mengecil pada pilihan raya
lalu adalah disebabkan undi pos, di mana pengundian di kem tentera
dilakukan lebih awal daripada hari mengundi.
Bilangan pengundi tentera bertambah di Telok Kemang. Ini boleh dilihat
apabila lebih 8,880 pengundi tentera membuang undi pada pilihan raya
2013, berbanding 5,000 pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Jun
2000.
Amiruddin berkata, pihaknya tidak putus harapan dengan sokongan melalui undi pos.
“Kita bukan tak tumpu undi pos, tapi kita tahu bahawa kekangan begitu
besar,” katanya kepada FMT.
“Kita tak dapat masuk ke dalam kem, dan
mereka pun undi awal.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan